Pernahkah anda mendengar mengenai 6 tanggungjawab seorang penyewa? Anda perlulah berusaha menjadi seorang penyewa yang beretika kerana ianya sangat penting dan bukan sahaja tertakluk mengenai penjagaan imej orang menyewa, tetapi juga kerana mereka tinggal di hartanah orang lain. sebagai seorang penyewa, kita haruslah mengetahui batas dan hak sebagi penyewa. Bukan semua perkara boleh dilakukan seperti berad di rumah milik sendiri tetapi kita perlulah mengikuti cara dan peraturan atau syarat yang telah ditentukan oleh pemilik rumah sebelum menandatangi kontrak sewa rumah. Selain itu, kita juga perlu banyak bersabar, mengamalkan sikap berhemah dan bertolak ansur tidak kira dengan pemilik rumah dan jiran sekeliling bagi mengelakkan ketidakselesaan atau pertelingkahan sepanjang menginap di rumah sewa. Oleh itu, di bawah ini, kami ingin berkongsi dengan anda mengenai 6 Tanggungjawab Seorang Penyewa yang wajib anda ketahui dan amalkan.
1) Jaga Baik-Baik
Penyewa bukan wajib membersihkan unit sewaan tersebut (kecuali ada disebut di dalam kontrak) namun bolehlah melakukan pembersihan ataupun pembaikan sendiri yang sewajarnya hanya jika ianya dibenarkan di dalam kontrak sewa. Akan tetapi, mereka perlu mengelakkan diri daripada mengotorkan unit tersebut sehingga menyebabkan kerosakan di dalam unit sewa
2) Jaga Kebersihan Dan Kemudahan Diberi
Aspek penjagaan termasuklah aspek menjaga harta benda orang, dalam konteks ni, hartanah yang disewa. Penyewa boleh melakukan pembersihan kecil-kecilan yang merangkumi perkara asas seperti mengelap tingkap, membasuh bilik air dan membuang sampah agar nampak kemas. Sekiranya unit yang disewa dilengkapi dengan peralatan elektrik dan perabot, segala kelengkapan tersebut perlulah dijaga dengan baik dan perlulah dipastikan agar sentiasa berada dalam keadaan yang sama eloknya ketika mula-mula berpindah masuk.
3) Elakkan Ubah Suai Tanpa Kebenaran
Walaupun anda beranggapan bahawa mengubahsuai mahupun mengecat dinding akan membantu dan memudahkan urusan tuan rumah anda, tapi harus diingati bukan semua tuan rumah akan menghargai usaha anda. Sentiasalah berbincang dengan tuan tanah atau ejen anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengubahsuaian. Tanya dulu kepada mereka sebelum membuat perkara seperti meruntuhkan struktur hartanah sehinggalah kepada benda remeh-temeh seperti ketuk paku ke dinding. Pengubah suaian rumah, pengecatan dengan warna yang anda gemari atau menukar susun atur perabot yang disediakan juga bukanlah satu idea yang baik, kecuali dengan kebenaran tuan rumah.
4) Barang Rosak. Segera Hubungi Tuan Rumah!
Sekira berlakunya kerosakan pada kelengkapan dan peralatan elektrik yang disediakan, jangan sesekali menunjukkan kepandaian dengan membaikinya sendiri. Sebaliknya, hubungi tuan rumah dan aturkan temujanji untuk baik pulih kerosakan. Jika mereka meminta anda membaiki sendiri, bincang tentang bayaran balik kos sebelum mengambil apa-apa tindakan. Pastikan juga anda hanya membaiki sebaik saja ianya rosak, jika tidak, ianya mungkin akan menimbulkan risiko terhadap deposit anda apabila mahu berpindah keluar nanti.
5) Biasakan Diri Anda Dengan Kelengkapan Rumah
Seiring dengan kemajuan teknologi, perkara yang mudah juga boleh jadi menjadi susah bagi sesetengah orang terutamanya yang tidak biasa dengan kemudahan terkini. Jadi, untuk mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan yang tidak disengajakan, biasakan diri anda dengan fungsi setiap kelengkapan ini sebelum menggunakannya. Sekiranya anda kurang pasti akan cara penggunaannya, hubungi ejen atau tuan rumah untuk panduan.
6) Kenali Jiran Anda Dan Sentiasa Bertimbang Rasa Kepada Mereka
Sikap bertimbang rasa dan bertolak ansur sangat penting bagi penyewa yang berkongsi unit sewa merka dengan orang lain, atau bagi penyewa yang tinggal di kawasan kejiranan yang senyap dan tenang. Tambah pula, tidah ada sesiapa pun yang suka mendengar bunyi bingit di tengah malam, atau bunyi riuh rendah pesta larut malam semasa waktu tidur orang lain di kawasan kejiranan. Kenali juga jiran anda kerana ia memberikan banyak faedah. Mereka boleh memberitahu tahu anda jika berlaku aktiviti yang meragukan di unit anda ketika anda tidak berada di rumah atau mengenai sebarang isu keselamatan di kawasan itu. Kehidupan berkomuniti pun akan menjadi lebih tenang apabila anda mengenali ramai orang di kawasan kejiranan anda. Janganlah menjadi kera sumbang dan hidup seperti katak di bawah tempurung.