6 Tips Mengatasi Tandas Tersumbat Tanpa Menggunakan Pelocok

Apabila tandas tersumbat sehingga hampir melimpah memang menyebabkan keadaan bilik tidut nampak kurang menyenangkan. Tambah pula jika rumah anda tiada pelocok. Tandas tersumbat adalah perkara biasa yang berlaku di rumah namun anda tidak perlulah panik kerana ada banyak tips mudah untuk menyelesaikannya masalah ini.

1. Tuang air panas
Gunakan air panas dan elakkan menggunakan air yang sedang mendidih kerana ianya akan menyebabkan porselin mengalami keretakan apabila terkena suhu yang sangat panas. Air panas boleh dituang ke dalam sebuah baldi dan tuangkan ke dalam mangkuk tandas dari aras pinggang anda kemudian biarkan ianya di dalam mangkuk tandas buat beberapa minit sebelum anda mengepam tandas itu. Cara ini dapat membantu mengeluarkan kotoran yang menyebabkan mangkuk tandas tersumbat.

2. Bath bomb buatan sendiri
Bath bomv atau bom mandian boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan seperti- serbuk penaik, garam Epsom dan sabun cuci pinggan atau boleh dibeli di kedai yang berdekatan. Letakkan bom mandian ke dalam mangkuk tandas dengan beberapa cawan air dan ditambah dengan serbuk penaik. Biarkan ia larut untuk beberapa jam sehingga berjaya mengeluarkan kotoran yang menghalang pengaliran air.

3. Gunakan sabun cuci pinggan
Sabun cuci pinggan mampu menyelesaikan masalah ini dengan mudah juga. Anda hanya perlu meletakkan sabun tersebut dalam kuantiti yang banyak ke dalam mangkuk tandas dan menambah air panas dan biarkan ia buat seketika. Namun bagi tandas yang tersumbat teruk, biarkan ia larut untuk semalaman. Sabun yang ditambah itu akan menjadi pelincir yang membantu sisa-sisa kotoran dalam tandas mengalir dengan lebih lancar. Anda juga boleh menggunakan sabun buku jika tiada sabun serbuk. Potongkan sabun buku anda menjadi ketulan kecil dan letakkan ia ke dalam mangkuk tandas.

4. Penyangkut baju besi
Buka simpulan pada penyangkut baju besi kecuali cangkuknya. Adalah lebuk bagus jika anda menggunakan penyakut baju yang bersalut plastik untuk mengelakkan mangkuk tandas anda daripada tercalar. Halakan penyangkut baju ke dalam mangkuk tandas dan mulakan mengorek sisa atau gumpalan sehingga air mula mengalir dengan lancar. Kemudian, pam beberapa kali sehingga bersih dan jangan lupa menggunakan sarung tangan ketika melakukan tugas ini.

5. Berus tandas
Mulakan menolak berus ke dalam mangkuk tandas dan buat gerakan seperti mengepam, sama seperti yang anda gunakan ketika mengepam tandas. Pam dengan kuat beberapa kali dan air yang tersumbat akan mengalir keluar.

6. Cecair peluntur dicampur dengan serbuk pencuci pinggan
Salah satu cara yang terbaik untuk mengatasi tandas yang tersumbat dengan teruk adalah cara ini. Anda hanya perlu mencampurkan dua hingga tiga cawan cecair peluntur dengan secawan serbuk pencuci pinggan dan tuangkan ia ke dalam tandas. Tunggu selama 20 hingga 30 minit dan kemudian, pam semua sisa-sisa yang menyebabkan mangkuk tandas tersumbat.

Leave a Comment

Your email address will not be published.