Tentang Kami
bermulanya Di Sini
MY CASA, yang bermaksud ‘Rumah Ku’ telah ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Adzimi Muzni yang ingin menyediakan sewaan untuk golongan dewasa berkerja.
Beliau dapati dengan harga hartanah yang semakin meningkat, rumah sewa menjadi semakin mahal dan sukar untuk disewa terutama golongan yang baru memasuki alam pekerjaan.
MY CASA telah ditubuhkan dengan hasrat untuk menyediakan bilik sewa yang lengkap dan didatangkan dengan perkhidmatan dan kualiti yang terjaga, supaya penyewa boleh pulang ke rumah yang bersih dan selesa.
Sehingga kini MY CASA telah berkembang ke lebih 500 bilik sewa dan mensasarkan 1,000 bilik sewa untuk ditawarkan untuk sewaan menjelang tahun 2022.
Bilik-bilik sewa ini terletak di kawasan-kawasan yang strategik di sekitar Lembah Klang, seperti di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Wangsa Maju, Setiawangsa, Pandan Indah, Subang Jaya, Sunway, Bangsar, Bukit Jalil, Shah Alam, Puchong, Cyberjaya dan lain-lain lagi. Lihat lagi di sini. Lokasi-lokasi ini kian bertambah setiap bulan demi memenuhi permintaan pasaran dan membantu lebih ramai lagi orang untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa.
Hubungi Kami
Lokasi Kami
- Profitable Properties Holding Sdn. Bhd.
- Co. Reg: 1148439K
- No 4, Jalan Sungai Keranji P 32/P,
- Kemuning Greenville,
- 40460 Shah Alam,
- Selangor Darul Ehsan
- Telefon: +60-16-6969800
- e-mel: contactus@mycasa.com.my