Selalunya bila anda berpindah ke bilik sewa ataupun rumah sewa, pasti ramai yang keliru akan proses yang perly dijalankan. Tips ni kami nak kongsikan kepada anda supaya anda dapat lebih berhati-hati dan pastikan anda tidak ditipu oleh orang lain.
1. Tanya Soalan
Bertanya soalan ni penting supaya anda tidak keliru dan tahu keadaan rumah yang ingin anda sewa dan seterusnya dapat membantu anda membuat keputusan yang terbaik yang sesuai dengan gaya hidup anda.
2. Buat rundingan dengan Tuan Rumah
Jika rumah itu sesuai dengan bajet anda dan tepat dengan ciri-ciri rumah yang anda cari, teruskan langkah seterusnye iaitu berunding dengan tuan tumah mengenai kadar sewa yang ditetapkan dan anda juga boleh mencuba untuk tawar menawar untuk mengurangkan kadar sewa. Bayaran deposit kepada tuan rumah yang ditetapkan pula kebiasannya akan diikuti oleh budi bicara tuan rumah itu sendiri.