Pepijat atau bed bug adalah serangga halus yang hidup hanya dengan menghisap darah dan boleh hidup selama setahun tanpa makanan. Golongan pepijat betina pula dapat bertelur sebanyak 500 biji sekali pada satu-satu masa.memandangkan ramai yang sering keliru antara kutu dan pepijat, ada beberapa perbezaan mudah yang boleh digunakan sebagai contohnya perbezaan dari segi fizikal ialah pepijat berbentuk bujur manakala kutu adalah berbentuk kurus dan panjang. Terdapat perbezaan habitat bagi kedua makhluk penghisap darah ini iaitu pepijat akan mudah dijumpai di celah katil dan tilam manakala kutu boleh dijumpai di celah bulu haiwan peliharaan anda.
Jika anda mengalami masalah ini, pasti anda tertanya-tanya dari mana datangnya pepijat ini di rumah anda?
Sifat pepijat yang boleh berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain menjadi sebab ianya mudah membiak mudah di mana sahaja. Mengenali kesan pepijat amatlah mudah dan boleh dicam oleh anda atau ahli keluarga anda yang mempunyai kesan gigitan pepijat:
- Sensasi pada kulit seperti terbakar.
- Timbul tompok merah yang gatal dan mempunyai bentuk bulat di tengah.
- Tompokan darah kecil akibat bekas gigitan yang sudah kering.
- Biji merah yang gelap di tengah dan sedikit cerah di sekelilingnya
Ramai yang tidak mengetahui bahawa cara mengawal pepijat ini sebenarnya sangat mudah
- Periksa semua tempat yang boleh dijangkiti pepijat. Pemeriksaan secara menyeluruh perlu dilakukan di semua tempat di dalam rumah yang berpotensi untuk dijangkiti pepijat. Ini amatlah penting untuk memastikan bahawa rumah anda bersih dari pepijat dan juga untuk memastikan anda telah betul-betul berjaya untuk menghapuskan pepijat dan mencegah masalah ini daripada berulang kembali.
Selalunya, kawasan tumpuan pepijat adalah di sekitar kawasan bilik tidur anda. Kawasan ini merupakan kawasan sumber makanan mereka, iaitu darah manusia! Namun begitu, terdapat banyak kawasan lain seperti di celah kusyen, sofa, perabot yang juga perlu diberi perhatian lebih kerana ianya boleh menjadi tempat persembunyian serangga kecil ini. Disebabkan bentuk fizikal yang sangat kecil dan hamper tidak dapat dilihat, memudahkan pepijat bersembunyi di ruang yang kecil.
Haiwan perosak ini kebiasaannya aktif pada waktu malam, jadi gunakan lampu suluh atau kanta pembesar bagi mengesan kewujudan mereka di kawasan yang berpotensi.
- Mulakan langkah penghapusan. Pilihan langkah penghapusan boleh dilakukan secara semula jadi atau menggunakan bahan kimia. Anda juga boleh mengambil inisiatif menggunakan perkhidmatan profesional jika masalah pepijat anda terlalu krisis. Dengan menggunakan konsep haba, anda juga boleh menjemur tilam atau perabot anda di bawah cahaya matahari bagi membunuh pepijat. Namun begitu, cara ini hanya sesuai dilakukan jika anda mempunyai ruangan yang luas di kawasan rumah anda.
- Vakum dengan teliti di seluruh kawasan yang terjejas. Proses pevakuman ini kelihatan remeh dan mudah, akan tetapi langkah ini amatlah penting dan perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan tiada kawasan yang tertinggal. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan bagi memastikan proses vakum ini dilakukan dengan betul dan teliti.
- Pastikan paras atau tahap sedutan vakum anda berada pada tahap maksima untuk memastikan tidak ada pepijat yang tertinggal.
- Jika anda mempunyai pengewap pakaian, ianya juga boleh diguna pakai pada permukaan selepas proses mevakum bagi menghapuskan telur dan pepijat yang mungkin masih ada.
- Pastikan semua kawasan dan barang yang berdekatan dengan kawasan yang terjejas divakum dan dibersihkan.
- Pastikan anda membuang beg pembersih hampagas segera selepas memvakum dan pastikan sampah dan pepijat yang disedut dibuang ke dalam plastik dan diikat dengan kemas bagi memastikan tiada pepijat yang terlepas.
- Jika mungkin, gantikan penapis pada vakum dengan penapis baharu. Vakum pula boleh dicuci dengan tuala lembap yang direndam dalam air sabun bagi memastikan risiko minima bagi sebarang pepijat untuk tertinggal.
- Proses vakum secara kerap dan berkala akan memastikan rumah anda kurang berisiko untuk dijangkiti pepijat lagi.