TIPS MENDEKORASI RUMAH MENGIKUT BAJET

Setiap orang pastinya inginkan rumah mereka tampak cantik dan menarik kan? Yelah, pastinya rumah yang cantik dan menawan akan menjadi bualan mulut tetamu yang berkunjung ke rumah anda. Apalagi jika dekorasi rumah anda mempunyai sentuhan peribadi membuatkan ia nampak lebih unik dari yang lain. Namun begitu, anda haruslah mengethau cara yang betul untuk menghias rumah agar anda tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan sebelum proses pengubahsuaian dilakukan. Oleh itu, kami ingin berkongsi kepada anda tips  mendekorasi rumah mengikut bajet agar nampak elegan dan mewah serta menjimatkan duit anda sekaligus.

 

  1. Wainscoting

Wainscoting adalah hiasan yang menjadi pilihan ramai orang pada masa sekarang dan ianya juga dikenali sebagai wall moulding, atau di Malaysia, ada yang memberi panggilan panel kayu sahaja. Boleh dikatakan bahawa semua orang inginkan reka bentuk wainscoting ini di rumah sendiri kerana ianya boleh membuatkan dinding yang kosong juga nampak cantik dan elegan bila sudah ditambah dengan wainscoting. Ada sesetengah juga yang lebih minat meletakkannya di atas pintu ataupun pada bahagian ruang makan bagi menampakkan ruang yang luas dan mewah. Kalau anda boleh membuat wainscoting sendiri adalah jauh lebih murah dari mengupah kontraktor dan anda boleh memilih  reke bentuk dan gaya anda sendiri.

 

  1. Pinggan mangkuk

Pinggan mangkuk biasanya boleh didapati dalam pelbagai rupa, saiz, warna dan corak dan merupakan bahan yang paling bagus untuk menceriakan dinding kosong di rumah kerana kepelbagaian warna dan bentuknya yang boleh mencteuskan variasi di dalam rumah anda. Sebaiknya, anda mencari pinggan mangkuk yang berbeza antara satu sama lain untuk mencantikkan dinding yang dipilih tu. Lebih baik jika anda boleh mendapatkan pinggan-pinggan klasik dari zaman nenek moyang anda kerana hasil seninya pada masa dahulu adalah sangat cantik dan boleh membantu menyerlahkan sudut di rumah anda. Sebelum meletakkan pinggan di dinding, anda haruslah mencuba gaya susunan dahulu sehingga cantik dan barulah melekatkan pinggan mangkuk itu di dinding.Pastikan anda menggunakan gam atau penggantung yang kuat dan stabil untuk mengelakkan ianya daripada jatuh dan pecah.

 

  1. DIY hiasan dinding

Teringin untuk membeli gambar-gambar ‘art deep’ unik yang dijual di kedai? Namun, boleh tahan la juga harganya kan. Oleh itu, jika anda seorang yang pandai melukis, gunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan karya untuk dijadikan hiasan dinding rumah lebih unik dan mempunyai maksud yang tersendiri. Jikalau anda tidak pandai melukis juga tidak mengapa, gunakan sahaja gambar yang boleh didapati secara talian online atau ayat-ayat menarik, cetak dan gantung sahaja di dinding. Pilihlah gambar yang nampak kreatif dan sesuai dengan warna ruang tamu atau bilik anda. Kemudian, letakkan sahaja gambar itu di dalam bingkai gambar yang dibeli dan gantung di dinding. Konsep yang sama juga boleh digunapakai di kawasan dapur seolah-olah menjadikannya sebagai ruang inspirasi memasak dengan meletakkan

resepi-resepi dan gambar-gambar makanan yang boleh memberikan anda ilham ketika waktu memasak. Harus dingat sebelum anda memuat turun dan mencetak, pastikan bahan yang digunakan itu, gambar mahupun ayat- ayat motivasi, yang diambil itu tidak mempunyai logo hak cipta kerana boleh dianggap sebagai menggunakan hasil karya orang lain dan juga sebagai tanda menghormati titik peluh karya orang lain.

 

  1. Foto keluarga atau sahabat anda

Gambar-gambar keluarga atau sahabat anda itu sangat sesuai untuk digunakkan sebagai bahan untuk menghias rumah. Anda hanya perlu memilih satu ruang atau kawasan yang boleh digunakkan untuk meletakkan gambar-gambar mengikut tema yang sama dalam satu kumpulan sama ada ianya gambar perkahwinan, percutian, majlis graduasi ahli keluarga atau banyak lagi gambar memori menarik anda. Lokasi yang sering dipilih untuk menggantung gambar adalah di di kawasan untuk menaiki tangga itu kerana sambil anda menaiki tangga, anda juga boleh menggamit memori kenangan terindah bersama ahli keluarga dan rakan tersayang. Tidak kisahlah susunan bingkai gambar anda, tapi ianya mestilah nampak seimbang dan cantik.

 

 

Sebaiknya, ada banyak cara yang boleh anda gunakan untuk menghias rumah agar tampak bergaya dam mewah. Sungguhpun begitu, lakukannya dengan mengambil kira bajet yang anda miliki untuk mengelakkan pembaziran wang atas benda- benda yang tidak diperlukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.