Tips Masuk Rumah Baru Mengikut Cara Islam

Ketika melangkah masuk ke dalam rumah baru anda, adalah satu perasaan gembira yang juga sangat beremosi. Hasil titik peluh  anda survey rumah di banyak lokasi, membuat pinjaman dan potongan gaji bulanan pastinya berbaloi apabila melangkah masuk ke dalam rumah sendiri. Tetapi tahukan anda apabila melangkah masuk ke dalam rumah baru ,cuci dan bersihkan rumah je bukanlah perkara tunggal yang perlu anda lakukan. Banyak lagi perkara yang patut dibuat dan terutamanya tugas-tugas bertujuaan untuk menghalau makhluk halus yang mungkin berada di dalam rumah anda.

Jangan abaikan langkah ini kerana ianya penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari. Banyak kisah kita dengar seperti anak-anak kita menangis pada waktu malam, berasa panas apabila berada di dalam rumah, dan ia juga boleh menyebabkan penghuni di dalam rumah mudah naik angin, kedengaran bunyi-bunyi pelik pada waktu malam. Semua kejadian ini mungkin disebabkan oleh makhluk itu yang ingin menganggu ketenteraman penghuni di dalam rumah.

Oleh itu, anda digalakkan mengamalkan 5 cara ajaran islam ketika memasuki rumah baru atau rumah lama di tinggalkan buat pertama kali dan juga ketika menetap di dalam rumah.

 

  1. Laungkan Azan

 

Laungkan azan ketika anda masuk ke dalam rumah baru buat pertama kali. Ia juga boleh  dilakukan pada bangunan yang telah lama ditinggalkan atau yang tidak dihuni oleh orang lain. Mengikut suatu hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki oleh sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al‐‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

 

  1. Baca surah Al-Baqarah

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al‐Baqarah.” Sering kali apabila kita masuk ke dalam rumah baharu, apa yang dilakukan adalah kita hanya akan membaca Yassin sahaja. Seharusnya amalan membaca Surah Al‐Baqarah perlu menjadi keutamaan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

 

  1. Solat dan Membaca Al-Quran

 

Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al‐Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al‐Quran.” (hadis riwayat Al‐Baihaqi). Amalan mengikut solat 5 waktu dan membaca Al-Quran dapat menghindar kehadiran makhluk halus di rumah anda.

 

  1. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Keraplah membaca surah Yassin pada setiap malam terutamanya pada 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan baru. Seeloknya baca juga surah Al‐Fatihah sebanyak satu kali, diikuti dengan surah Al‐Ikhlas sebanyak tiga kali, selawat ke atas nabi sebanyak tujuh kali, ayat Kursi dibaca hanya sekali, tetapi ketika di ayat terakhir bacalah sebanyak tujuh kali.

 

  1. Pagar Rumah Secara Islam

 

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut‐sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.

Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al‐Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al‐Ikhlas, Al‐Falaq dan Al‐Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan‐lahan sehingga habis nafas. Kemudian, jirus dan renjiskan air tersebut di setiap penjuru rumah dengan bermula di kawasan dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Leave a Comment

Your email address will not be published.