7 Tips Untuk Kemas Rumah Dengan Cepat

Rumah yang berselerak mesti membuatkan anda stres dan serabut bukan? Apalagi setelah selesai menghadap stres di tempat kerja ditambah lagi dengan stres di dalam rumah. Rasa tak tenteram kan. Tapi tidak mengapa, luangkan masa hujung minggu anda dengan mengemas rumah dengan mengikuti 7 tips untuk kemas rumah secara cepat dan lebih efisien. Semoga bermanfaat buat gologan ibu di luar sana ya.

 

  1. Fokus pada Ruang Paling ‘Dibenci’

Jika kita nak bersihkan seluruh rumah, pastikan kita memberikan fokus pada tempat yang ‘high-trafficked’. Maksudnya ialah tempat yang paling berselerak, atau tempat yang paling kita malas nak kemas. Caranya, pastikan kita buat kerja yang besar, yang jelas dengan mata kasar dahulu dan benda-benda kecil dan teliti kemudian. Kemas dulu bantal, buku, kerusi, mainan ke tempat asal. Susunan lego, rattle atau mainan-mainan kecil, boleh dilakukan kemudian. Kebiasaanya, jika benda yang besar sudah selesai, mengemas benda-benda kecil ibarat kerja ‘petik jari’ sahaja.

 

  1. Wajib Basuh Baju Setiap Hari

Jangan simpan baju sehingga hujung minggu kerana kita sendiri tahu akibatnya kan? Ibu-ibu yang bekerja kebiasaanya mesti meunggu sehingga hujung minggu untuk membuat semua tugas. Apa kata selepas ini cuba jadikan amalan membasuh baju pada setiap petang atau pada waktu malam. Kalau bilangan ahli keluarga anda ramai, mesti baju kotor banyak walaupun hanya sehari berlalu. Jika baju terpakai tak banyak, basuh dalam 2 hari sekali. Kita sendiri akan nampak rumah kita bersih & kemas dari timbunan baju terpakai dalam bukul atau belum baju yang belum dilipat. Cuba libatkan suami dan anak-anak kerana ianya lebih seronok jika dilakukan secara beramai-ramai. Minta mereka lipat baju masing-masing dan simpan di tempat sendiri.

 

  1. Buka Tingkap

Jika cuaca mengizinkan, buka tingkap dan biar udara dan cahaya matahari keluar masuk ke dalam rumah. Kadang-kadang udara yang tidak segar ini boleh membuatkan rumah kita nampak kotor. Jika ada tetamu yang hendak dating ke rumah dalam masa terdekat, anda bolehlah mengunakan penyegar udara atau menyalakan lilin wangi di seluruh rumah. Ini juga salah satu daripada 7 tips mengemas rumah.

 

  1. Biar ‘Pencuci’ Mainkan Peranannya

Guna kelebihan produk pencuci yang ada di dalam pasaran. Spray ubat pembersih di permukaan sinki, lantai, dinding dan biar dulu beberapa minit untuk bahan pencuci itu bertindak balas dengan kesan kotoran. Buat kerja lain dulu. Kemudian datang semula. Hasil tindak balas tersebut mungkin kita hanya perlu mengelap atau menyiramnya sahaja. Tak perlu susah payah menyental atau memberus. Produk itu sendiri dah memainkan peranan memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita. Selamat pada tangan, sangat berkesan pada kotoran dan semulajadi.

 

  1. Cuci Kotoran dengan Segera

Jika ada kesan tumpah, cuci dengan segera. Kita hanya akan melibatkan sedikit masa menyental kotoran tersebut dibandingkan dengan kesan tumpah yang dah dibiarkan lama. Begitu juga dengan kotoran pada pinggan mangkuk. Jangan biarkannya ‘bermalam’ di dalam sinki dapur. Selepas makan, buang sisa makanan dan basuh terus. Bayangkan jika kita biar tidak berbasuh semalaman. Esok paginya, jadi kerja pulak nak rendam dulu supaya senang cuci. Bau busuk pun dah merebak ke seluruh dapur. Bertambah pula kerja lain kan. Sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas tidak berbasuh menjadi habuan haiwan  kerana mereka suka makanan kotor dan busuk.


  1. Libatkan Anak-anak

Anak-anak dalam semua peringkat umur boleh terlibat dalam urusan mengemas rumah. Buat carta, agihkan tugas masing-masing bermula dari mengemas katil sendiri sehinggalah kepada buang sampah. Setelah selesai kerja rumah bersama-sama, bagi ganjaran pada diri sendiri dan anak-anak dengan membawa mereka berjalan-jalan atau hidangkan makan malam kegemaran mereka.


  1. Sedut Habuk (Vacum) sebagai Tugas Paling Akhir

Daripada kita mengemas satu-satu bilik, kemudian terus vacum, apa kata kita vacum akhir sekali setelah semua ruang bilik telah dikemas. Jadi, kita tak payah nak ulang bawa keluar masuk vacum tu berulang kali pun kan dan tak perlu juga risaukan ada sampah yang tercicir. Jadi, dah tengok tips ini, mesti semangat berkobar-kobar nak kemas rumah. Yang penting, masa kita dijimatkan dan rumah pun sentiasa bersih dan kemas. Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published.