RAHSIA KEJAYAAN SEBAGAI SEORANG TUAN RUMAH

Ramai tuan rumah melakukan kesilapan kerana mereka melakukan tidak mengikuti cara sewakan rumah dengan teknik yang betul. Kebanyakan tuan rumah gagal dalam bisnes penyewaan rumah bukan sebab mereka tiada pengalaman atau tidak kompeten. Ia bermula dari persediaan yang mereka lakukan (dari segi fizikal dan mental) untuk mengharungi segala cabaran yang bakal dihadapi ketika tempoh sewaan bermula. Untuk menjadi seorang tuan rumah bukan hanya sekadar memiliki rumah dan menyewakan kepada orang luar sahaja. Ia lebih dari itu. Jika tidak, semua orang pun boleh menceburi bidang ini. Walaupun begitu, anda tidak perlu rasa tertekan apabila ingin menjadi seorang tuan rumah kerana bukan semua buruk-buruk belaka. Malah, menjadi tuan rumah boleh menjadi pendapatan anda yang utama sekiranya anda betul-betul uruskan rumah sewa anda secara efisien dan efektif. Sebagai seorang pelabur hartanah, sangat mudah untuk seseorang leka dengan tugas harian dalam memastikan pengurusan rumah sewa berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selain daripada mempunyai alat perlindungan seperti surat perjanjian sewa rumah, tuan rumah perlu sentiasa mengasah dan mengembangkan ilmu mengenai penyewaan rumah.

 

Komunikasi Sebagai Kekuatan Utama

Pertama sekali hasilkan sistem pengurusan untuk semua perkara berkaitan rumah sewa anda. Sistem pengurusan ini memudahkan proses komunikasi, iaitu ia dapat mengurangkan anda melakukan perkara yang sama berulang kali. Contohnya, gunakan laman web pengurusan rumah sewa untuk memudahkan anda menguruskan sewaan anda. Anda boleh memuat naik borang permohonan menjadi penyewa, permohonan penyelenggaraan, atau lain-lain borang yang anda perlukan daripada penyewa. Jadi, sekiranya penyewa atau bakal penyewa ingin membuat permohonan, anda hanya perlu kongsikan URL laman web anda kepada mereka. Ia bakal memudahkan kedua-dua belah pihak.

 

Sistem Tapisan Penyewa

Untuk mengelak sebarang isu di antara anda dan penyewa di masa hadapan, anda perlu satu sistem iaitu dengan menilai dan mencari penyewa yang berkualiti. Sistem tapisan ini membantu anda membuang semua bakal penyewa yang berpotensi mendatangkan masalah dan hanya mengambil mana-mana yang berkualiti sahaja. Penyewa perlu memberikan anda segala informasi mereka khususnya informasi berkaitan pekerjaan dan sejarah sewaan supaya anda boleh membuat penilaian yang sewajarnya. Pekerjaan menentukan keboleh-bayaran mereka pada duit sewa rumah anda dan sejarah sewaan menentukan keupayaan mereka untuk menjaga rumah sewa anda dengan baik.

 

Berinteraksi Dengan Penyewa

Tuan rumah yang berjaya tahu betapa pentingnya untuk mempunyai hubungan yang jujur dengan penyewa. Kenali penyewa anda secara peribadi. Luangkan masa dengan berinteraksi dengan individu yang menghuni di rumah sewa yang anda uruskan. Anda mungkin akan terkejut dengan hasil yang anda dapat walaupun hanya bertegur sapa secara ringkas sahaja.

Tuan rumah boleh tingkatkan penglibatan bersama penyewa dengan cara:

  • Tetapkan strategi untuk beramah mesra bersama penyewa
  • Ketelusan adalah sasaran yang utama
  • Selaraskan tujuan beramah mesra dengan objektif bisnes
  • Latih pekerja anda untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi yang konsisten.

 

Berikan Rumah Sewa Yang Siap, Bersih Dan Kemas

Bak kata orang, tanggapan awal selalunya kekal. Cara anda paparkan rumah sewa anda di dalam laman web boleh memberi perbezaan buat pelanggan yang berkata ‘Ya’ dengan pelanggan yang berkata ‘Takpalah’. Periksa dengan betul rumah sewa yang disewakan terlebih dahulu sebelum penyewa anda pindah masuk. Semakan sebelum penyewaan membolehkan anda mengenal pasti sebarang masalah terlebih dahulu. Setelah anda semak, panggil kontraktor untuk perbetulkan keadaan sekiranya terdapat sebarang kerosakan. Ingat, anda perlu letakkan benchmark yang tinggi kepada penyewa anda supaya mereka pulangkan lebih baik daripada apa yang anda beri.

 

Sempadan Hubungan Bersama Penyewa

Semua tuan rumah sebolehnya mahu ada hubungan yang baik dengan penyewa mereka. Oleh itu, anda perlu meletakkan sempadan dengan para penyewa. Ini bagi kami adalah antara cara sewakan rumah yang terbaik anda boleh praktikkan. Kebanyakan daripada tuan rumah gagal kerana terlampau ‘baik’ sehingga penyewa naik kepala manakala ada juga tuan rumah yang bersifat kejam sehingga penyewa lari tidak ingin bayar. Menjadi terlalu tegas keadaan mungkin menjadi tegang, menjadi terlalu baik pula berkemungkinan di salah erti atau diambil kesempatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.