TIPS KEMAS BILIK YANG BERSEPAH

Walaupun anda bujang, berkahwin atau tinggal bersama keluarga, kebersihan tempat tinggal memang sangat penting. Memang tidak salah jika anda mempunyai banyak barang. Cuma bila ia tidak disusun dengan rapi, akan membuatkan rasa seperti hidup di tempat pembuangan sampah. Maka, atas sebab itu kami ingin berkongsi cara mengemas bilik yang berlonggok dengan barang dan bersepah macam tongkang pecah. Bilik yang bersih bukan sahaja membuatkan setiap penghuni berasa selesa malah membantu untuk ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.

 

  • Kemas Tempat Tidur Dulu

Selepas bangkit tidur, mengemas bili tidur adalah dahulu adalah rutin yang patut anda amalkan dalam kehidupan seharian. Tidak kiralah di manapun anda melelapkan mata, jangan biarkan keadaan tempat tidur bersepah. Terutamanya jika mempunyai bilik tidur sendiri. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk anda malas merapikan cadar, melipat selimut atau menyusun bantal. Lakukan segera setiap kali bangkit tidur. Didik anak anda jika ada supaya melipat selimut, menyusun bantal, menarik cadar sehingga tegang atau rapi di atas tilam dan mengemas katil mereka sendiri setiap kali bangun tidur. Jika sudah menjadi kebiasaan, anda boleh melakukannya dalam tempoh seminit. Kalau sudah berumahtangga, jangan pula halau suami jika dia tidak bangun. Nanti, susah untuk pujuk lekaki merajuk.

 

  • Kemas Bilik Air

Ingatkan ahli keluarga atau teman sebilik supaya:

 

  1. Membasuh bersih permukaan lantai tempat mandi daripada sebarang kesan sabun.
  2. Membersihkan tumpahan ubat gigi atau buihnya dari permukaan sink atau kawasan sekitarnya.
  • Meletakkan balik setiap barang yang digunakan pada tempatnya seperti berus gigi, ubat gigi dan sabun.
  1. Menarik flush selepas menggunakan tandas.
  2. Memastikan setiap ahli dalam rumah mematuhi semua peraturan di atas.
  3. Mencuci tandas dengan segera jika terlihat kesan kotoran pada permukaan dinding.

 

Perbuatan itu boleh dilakukan sambil mandi. Sebenarnya anda hanya perlu meluangkan masa beberapa minit saja untuk mengemas bilik air.

 

  • Sidai Tuala Dan Kumpul Pakaian Kotor

Cara mengemas bilik bersepah dan banyak barang ini ini juga berkaitan dengan pakaian. Inilah masalah terbesar bagi kebanyakan orang. Meletakkan tuala basah selepas mandi dan membiarkan pakaian kotor di merata-rata tempat. Tuala basah inilah antara penyumbang kepada bau hapak atau kurang senang di dalam rumah. Jadikan ia sebagai amalan diri atau keluarga untuk menyidai tuala basah di ampaian atau tempat yang sesuai. Begitu juga pakaian kotor. Jangan main longgok-longgok. Sediakan bakul khusus untuk pakaian kotor dan letakkan bakul itu di tepi mesin basuh. Masa yang diambil lebih kurang seminit sahaja.

 

  • Buang Sampah Setiap Hari

Biarpun sedikit, jangan simpan sampah di dalam bilik mahupun rumah. Jadikan amalan untuk membuang sampah setiap hari. Tujuannya untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dan kunjungan daripada `tetamu’ yang tidak diingini seperti tikus, semut, cicak dan lipas.

 

Mudah sahajakan cara kemas bilik bersepah ini? Jika masih lagi rasa penat, tak salah mencuba perkhidmatan dan servis kemas bilik secara ‘part-time‘ yang semakin banyak di kawasan bandar seperti di Klang, Putrajaya, Shah Alam, Kuantan, Seremban dan lain-lain. Keluar modal sedikit, badan pun tak rasa penat. Semoga dengan bilik yang kemas dan bersih, anda boleh cepat tidur dengan lena setiap malam. Tidak perlu rungsing lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published.