Sewa bilik atau apartment? Yang manakah yang lebih bagus untuk graduan?

Sekilas baca tajuk sahaja, kita sudah tahu mestilah menyewa bilik adalah pilihan yang ideal untuk graduan. Maklumlah graduan mestilah terhad dari segi kewangan kan? Dan secara logiknya sewa bilik lebih murah berbanding sewa satu rumah atau apartment terus.

Nanti dulu! Sebelum anda lompat terus pada konklusi, apa kata kita membuat perbandingan secara adil dulu.

 

  • Kos sewa

Macam yang dinyatakan di atas, sudah terang lagi bersuluh menyewa bilik adalah lagi murah daripada menyewa apartment. Kita ambil contoh sewa di Lembah Klang, purata sewa bilik yang lengkap dengan perabot adalah sekitar RM800. Manakala kalau satu apartment studio boleh menjadi lebih daripada RM2,000.

 

Bagi graduan yang baru hendak bertatih hidup berdikari, gaji pun tidak cukup tinngi lagi, adalah disarankan agar sewa bilik kerana ia adalah alternatif yang terbaik. Oh ya, jangan lupa yang para graduan ni masih segar hubungan mereka dengan kawan-kawan sewaktu belajar.

 

Bagi mereka yang menjaga hubungan dengan rakan-rakan sebenarnya ada banyak kelebihan. Anda boleh sepakat dengan rakan-rakan untuk kongsi duit sama-sama bagi sewa satu apartment yang lebih selesa. Malah, boleh jadi lebih jimat berbanding sewa bilik.

 

  • Privasi

Bagi yang berkemampuan dan terdiri daripada keluarga yang kaya, sewa apartment adalah pilihan terbaik untuk mereka yang pentingkan privasi.

 

Walau bagaimanapun, siapa kata sewa bilik tidak ada privasi?

Meskipun anda kena berkongsi dapur, bilik air, ruang tamu, anda tetap boleh mendapat privasi jika sewa bilik yang mengamalkan konsep “co-living”.

 

Kenapa?

Sebab mereka yang tinggal di “coliving” kebanyakannya mempunyai satu matlamat yang sama. Jadi mudah nak faham antara satu sama lain. Lagi-lagi mereka yang sewa bilik master dimana bilik air cantum dengan bilik. Memang privasi betul. Lagipun kalau tinggal seorang diri ni tak berapa seronok sangat, rasa sunyi je nanti.

 

  • Bil utiliti

Kebiasaannya tuan rumah akan masukkan sekali bil utiliti dalam sewa bilik anda. Ini kerana sukar bagi tuan rumah untuk mengenal pasti berapa banyak elektrik atau air yang anda guna. Apa yang tuan rumah akan buat pada kebiasaanya adalah membuat anggaran bil utiliti pada setiap bulan dan membahagikan antara setiap orang dalam rumah tersebut.

 

Masalah timbul bila salah seorang yang menggunakan elektrik melebihi had. Tak pasal-pasal anda kena keluar duit untuk tanggung bil yang anda tak guna tu. Mujur sekarang teknologi dah makin canggih. Ada tuan rumah yang jenis prihatin dia akan pasang sejenis alat yang boleh ukur atau kawal penggunaan elektrik di setiap bilik. Terutamanya penggunaan penghawa dingin seperti yang diamalkan dalam bilik Pakarbilik.

 

Manakala sewa apartment pula macam biasa. Anda ada kuasa penuh untuk kawal penggunaan utiliti. Nak jimat, kurangkan penggunaan. Mudah sungguh.

 

Kesimpulannya, pilihan yang terbaik bagi graduan adalah sewa bilik. Meskipun kita lihat perkongsian rumah tu satu kekurangan, namun kita boleh jadikan perkara ni menjadi kelebihan sebenarnya. Lagi-lagi untuk para graduan. Kunci kejayaan hidup harmoni dalam berkongsi ni adalah komunikasi. Secara tak langsung, hidup berkongsi ni boleh jadi medium latihan untuk anda tajamkan lagi kemahiran komunikasi.

Leave a Comment

Your email address will not be published.