CARA MUDAH UNTUK HIDUP HARMONI BERSAMA HOUSEMATE ANDA

Tidak semua orang mempunyai kelebihan bersifat peramah yang menbolehkan orang lain selesa tinggal bersama mereka. Begitulah juga dengan roommate atau housemate kita. Boleh jadi kita pun mungkin tak selesa dengan roommate kita tu. Lagi-lagi yang ada perangai pelik-pelik ataupun yang mementingkan diri sendiri. Bagi anda yang tidak pernah alami apa-apa konflik bukan sahaja dengan housemate, bahkan rakan sekerja sekali pun, ketahuilah bahawa sekecil-kecil masalah pun boleh merosakkan mood kita pada hari tersebut. Satu hakikat yang harus kita terima adalah bahawa kita tidak boleh mengubah perangai orang lain, tetapi kita boleh mencetuskan suasana positif atau memberi inspirasi dengan rakan sekitar kita. Berikut adalah cara mudah yang boleh anda praktiskan untuk hidup harmoni bersama dengan roommate anda.

 

1. Beritahu pantang-larang anda

Jangan fikir sebab baru kenal, anda tak boleh nak beritahu kehendak anda yang macam mana. Begitu juga sebaliknya. Jangan-jangan! Lagi awal lagi bagus. Tidak kira anda atau pun kenalan anda, kena beritahu siap-siap apa pantang larang anda sebelum ia jadi masalah. Contohnya, anda jenis yang tidur awal. Jadi beritahu mereka untuk perlahankan televisyen atau muzik selepas waktu tidur anda. Mula-mula mungkin mereka terlupa. Jadi, ingatkan mereka secara berhemah. Lama-lama mereka akan faham tabiat anda. Begitu juga anda kena faham tabiat housemate anda. Perkara ini tak akan tercapai jika masing-masing diam dan tak nak kongsi apa pantang-larang setiap orang.

 

2. Tetapkan limit

Contoh paling mudah nak fahamkan pasal tetapkan limit adalah andaikan anda seorang yang suka main video game seperti Playstation. Benda ni lebih seronok jika main bersama dengan rakan rumah anda dan lokasi terbaik adalah semestinya di ruang tamu yang ada televisyen kan? Apa yang anda perlu buat adalah tetapkan limit untuk tidak mengguris perasaan mana-mana individu termasuk diri anda sendiri. Anda tetapkan peraturan kalau nak main, minta izin anda dulu. Anda tetapkan peraturan boleh main pada waktu-waktu tertentu sahaja sebagai menghormati rakan rumah yang lain. Kalau masing-masing setuju, jadi tiada masalah akan timbul. Sama juga dalam hal makanan anda yang disimpan dalam peti sejuk contohnya. Mungkin anda jenis yang tidak suka berkongsi, jadi bagitahu siap-siap. Walaupun perkara ni adalah satu perbualan yang berat, tapi berlaku jujur dan terbuka untuk elakkan masalah lain timbul pada masa akan datang.

 

3. Minta izin lebih baik daripada minta maaf

Jika anda ingin berbuat sesuatu yang mungkin memberi kesan kepada housemate anda seperti melakukan aktiviti makan-makan atau menjemput rakan anda datang ke rumah, pastikan anda minta izin housemate anda terlebih dahulu. Sebabnya mudah sahaja, tak semua orang selesa dengan kehadiran orang yang tidak dikenali di tempat tinggal mereka. Ingat, minta izin adalah lebih mudah daripada meminta maaf. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

 

4. Hati-hati dengan ruang yang anda guna

Tinggalkan pakaian dalam mesin basuh/pengering, tinggalkan pinggan mangkuk yang tak dibasuh dalam sinki, ambil lebih ruang dalam peti ais untuk makanan anda yang berlebihan adalah perkara yang sangat sensitif bila hidup berkongsi rumah sewa. Kalau housemate anda tarik muka dengan anda, faham-fahamlah apa kesalahan yang telah anda buat. Cara nak selesai mudah je. Anda bincang siap-siap dengan housemate, sediakan ruang untuk setiap orang dan jadual untuk guna segala perkakas yang ada secara bergilir-gilir. Benda ni memang leceh dan rumit tapi yakinlah jika anda jaga hubungan dengan housemate anda, lama-lama benda ni boleh ada tolak ansur dan masing-masing boleh hidup dengan harmoni dan selesa.

 

5. Jangan paksa-paksa

Bertegur sapa dan beramah mesra adalah satu sikap yang baik tapi tak semua orang suka dengan cara ni. Ada orang yang lebih suka masa bersendirian dan mahukan privasi. Jadi, jangan berlebihan jika anda seorang yang peramah. Hidup di rumah sewa atau bilik sewa tidak bermakna perlu sentiasa berborak denga rakan serumah. Selebihnya adalah terpulang pada masing-masing. Antara tip bagaimana nak beramah mesra tanpa menjengkelkan adalah dengan ajak keluar bersama. Waktu ketika berada di luar adalah masa yang berbaik untuk berborak-borak. Apabila di rumah, hormati privasi masing-masing. Jangan kata housemate sombong pula, fahami mereka.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.