Mengapa Perlu Kita Berjimat Ketika Menggunakan Air

Sumber air merupakan kurniaan Tuhan yang menjadi asas kehidupan kepada semua makhluk yang hidup di bumi ini tidak kira manusia, binatang atau tumbuhan semuanya tidak akan dapat hidup tanpa air. Penting bagi seorang manusia, air bukan sahaja merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian, bahkan air juga berkait rapat dengan perkara-perkara ibadat. Kepentingan air ini amat jelas terasa pada waktu ianya sukar diperolehi contohnya kesukaran yang berlaku setiap kali bekalan air ditutup atau sebab-sebab lain seperti kemarau, paip air rosak dan seumpamanya jadi amatlah penting buat kita untuk berjimat dalam penggunaan air sehari-harian.

1) Mengurangkan jumlah bil air bulanan

Malangnya, ramai isi rumah mungkin tidak mampu menanggung kenaikan bil air bulanan. Walau bagaimanapun, jika anda mula menguruskan air dan mengelakkan pembaziran, bil air anda akan berkurangan dengan ketara. Di samping itu, rawatan air sisa yang mahal dapat diatasi dengan mengurangkan aliran air sisa dan mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar.

2) Memberi impak positif kepada alam sekitar

Dengan penjimatan penggunaan air, anda dapat mengurangkan risiko bencana alam seperti kemarau. Kita mesti kitar semula air dalam kuantiti yang sama seperti yang kita gunakan jika kita ingin menjimatkan penggunaan air dengan lebih ketara. Penjimatan air ternyata penting untuk generasi akan datang. Mereka tidak akan mempunyai akses air yang mencukupi melainkan kita mula bertindak dari sekarang. Air amat penting untuk tumbuhan di mana oksigen bumi dan sebahagian besar makanan berasal daripada tumbuhan. Tumbuhan memerlukan air untuk hidup juga. Apabila dunia semakin moden, lebih banyak air perlu digunakan untuk mengindahkan komuniti bandar untuk tujuan rekreasi.

 

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Kita semua perlu bertindak bersama sama kerana sumber air adalah keutamaan global dan adalah penting untuk menjimatkan seberapa banyak sumber air yang kita boleh dapatkan dalam apa jua cara yang mungkin. Jika bukan untuk kita, ianya untuk generasi yang akan datang, dan jika bukan untuk generasi akan datang, ianya untuk kesejahteraan bumi dan alam sekitar. Mudah untuk memulakannya di rumah kita iaitu dengan diri kita sendiri daripada duduk diam tanpa apa apa tindakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.