Kehilangan makanan berlaku pada setiap langkah dalam rantaian bekalan makanan daripada pengeluaran kepada penggunaan beberapa contoh yang jelas ialah kerosakan semasa penyimpanan dan semasa pengangkutan atau pendedahan kepada serangga dan bakteria. Dengan mengasingkan hasil tidak sempurna akan mengakibatkan kerugian, begitu juga dengan pengguna yang membeli lebihan daripada yang mereka perlukan atau yang boleh dimakan. Bukan sahaja makanan yang boleh dimakan dibazirkan, tetapi semua tenaga, baja dan penggunaan tanah yang digunakan untuk menghasilkan makanan itu juga dibazirkan.
MEMBUAT PERANCANGAN DALAM MEMBELI BARANG KEPERLUAN Membuat senarai dengan mengambil kira makanan mingguan boleh menjimatkan wang dan masa anda. Jika anda hanya membeli apa yang anda harapkan untuk digunakan, anda akan lebih berkemungkinan untuk memakan semuanya. Simpan senarai makanan dan bahan-bahannya yang sudah dinikmati oleh isi rumah anda, dengan cara itu, anda boleh memilih, membeli-belah dan menyediakan makanan yang mungkin anda makan dengan mudah. Lihat di dalam peti sejuk, peti sejuk beku dan pantri anda terlebih dahulu untuk mengelak daripada membeli makanan yang sudah ada. Buat senarai setiap minggu tentang apa yang perlu digunakan dan rancang makanan akan datang.
SIMPAN SISA MAKANAN
Walaupun ramai orang menyimpan lebihan makanan daripada hidangan yang dimasak sebelumnya ia sering dilupakan di dalam peti sejuk, kemudian dibuang apabila ia menjadi buruk. Cara untuk tidak lupa adalah dengan menyimpan sisa makanan dalam bekas kaca jernih, bukannya dalam bekas legap bagi membantu anda memastikan anda tidak melupakan makanan yang disimpan. Sekiranya anda memasak dalam kuantiti banyak dan anda kerap mempunyai lebihan, tetapkan satu hari untuk menghabiskan apa-apa yang terkumpul di dalam peti sejuk. Ia adalah cara terbaik untuk mengelak daripada anda membuang makanan. Lebih-lebih lagi, ia menjimatkan masa dan wang anda.
BELAJAR MEMELIHARA DENGAN MENGAWET MAKANAN
Walaupun anda mungkin menganggap penapaian dan penjerukan adalah trend baharu, teknik pengawetan makanan seperti ini telah digunakan selama beribu-ribu tahun. Penjerukan, sejenis kaedah pengawetan menggunakan air garam atau cuka. Penjerukan, pengeringan, pengetinan, penapaian, pembekuan dan pengawetan adalah semua kaedah yang boleh anda gunakan untuk menjadikan makanan tahan lebih lama, sekali gus mengurangkan sisa makanan. Kaedah ini akan menjimatkan wang anda. Lebih-lebih lagi kebanyakan teknik pemeliharaan adalah mudah dan menyeronokkan contohnya, mengetin lebihan epal masak dan mengubahnya menjadi sos epal.