TIPS UNTUK MENJADIKAN SINKI KELULI TAHAN KARAT KEMBALI BERKILAT

Sangat mudah untuk sinki dapur anda menjadi sangat kotor ditambah pula ia bersebelahan dengan ketuhar dan peti sejuk sebagai salah satu perkakas yang paling banyak digunakan di ruangan dapur. Selain itu, anda biasanya anda membersihkan tangan, pinggan mangkuk, kutleri dan semua peralatan dapur yang lain,  jadi tidak hairanlah ia menjadi kotor dengan cepat. Jika anda membaca ini sekarang, berkemungkinan anda tahu keluli tahan karat adalah bahan yang baik untuk digunakan, tetapi mengekalkan kilauan baharu yang terpancar daripada sinki keluli tahan karat bukanlah semudah itu. Jika anda mahu sinki dapur anda berkilauan terang hampir 24/7, maka berikut ialah beberapa tips jika anda lakukan maka anda dapat mencapai kesan yang diingini.

 MENGGUNAKAN BAKING SODA

Dengan menggunakan soda penaik dalam pembersihan dapur ternyata ini mungkin kaedah paling biasa untuk membersihkan sinki keluli tahan karat dan melihatnya bersinar semula. Soda penaik adalah hebat kerana ia menghilangkan kotoran makanan, gris dan mendapan air dengan lebih cepat daripada yang lain. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah campurkan baking soda dan air ke dalam pes dan sapukan di atas sinki. Kemudian masukkan sedikit cuka yang akan menyebabkan pes menjadi sebati. Selepas selesai, bersihkan pes. Sinki keluli tahan karat akan kelihatan lebih bersih sebaik sahaja anda melakukan ini.

UNTUK MENGHILANGKAN BINTIK AIR, GUNAKAN CUKA

Tompok air adalah tanda yang menjengkelkan pada sinki keluli tahan karat anda, tetapi ia sangat mudah untuk disingkirkan. Celupkan span bersih dalam cuka putih dan gosokkan di sekeliling sinki. Salah satu kebaikan menggunakan cuka adalah untuk menghilangkan kesan air, ia tidak memerlukan banyak usaha untuk membersihkan bintik air dari sinki.

GUNAKAN TEPUNG

Gunakan tepung untuk membantu menyerikan sinki keluli tahan karat anda. Tidak ramai yang tahu tentang kaedah ini, tetapi ia sangat berkesan! Apa yang anda perlu lakukan ialah meletakkan beberapa sudu besar tepung serba guna ke dalam sinki dan gunakan kain bersih dan lembut untuk menggosoknya. Apabila anda selesai menggosok tepung di sekeliling singki, hanya bilas semuanya. Anda sepatutnya mendapati sinki keluli tahan karat anda mendapat sedikit kilauannya semula dan akan kelihatan lebih bersih juga.

Leave a Comment

Your email address will not be published.