Peti sejuk sentiasa menjadi penyelamat kepada mak-mak terutama sekali apabila “terbeli” makanan secara berlebihan. Kalau boleh semua benda nak disumbat dalam peti sejuk demi memastikan makanan yang dibeli boleh tahan lama. Namun tahukan anda tidak semua makanan boleh disimpan dalam peti sejuk? Selain memberi kesan kepada kadar nutrisi yang ada pada makanan tersebut, menyimpan sesetengah makanan dalam peti sejuk juga boleh menyebabkan makanan tersebut rosak dengan lebih cepat.
Jom kita tengok barang apa yang sebenarnya tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sebaliknya iainya lebih elok kalau diletakkan di pantry atau kabinet dapur. Jadi secara tak langsung boleh lah jimat ruang kat dalam peti tu kan.
-
Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering. Bawang besar dan bawang putih paling bagus kalau simpan kat suhu bilik. Membiarkan peredaran udara disekeliling bawang membantu mereka tahan lebih lama.2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering. Korang tahu tak yang rasa kentang dan teksturnya akan berubah kalau korang simpan dalam peti. Kentang boleh kekal segar selama 3 minggu jika disimpan di suhu bilik3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat. Disebabkan tahap kepedasan level dewa, sos ni ada jenis acid yang menghalang pembiakkan bakteria. Sos pedas ni sebenarnya boleh tahan hampir 3 tahun walaupun diletakkan di suhu bilik.4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk. Suhu sejuk dari peti ais akan membuatkan roti anda cepat kering. Roti boleh tahan selama 3-4 hari jika disimpan di suhu bilik. Tapi lepas 4 hari tu kalau korang tak mampu habiskan boleh je masuk peti.5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.10. Bahan bukan makanan
Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.