Sudah seperti benda biasa untuk tuan rumah mengalami kesusahan mencari penyewa terutamanya pada zaman sekarang, mencari penyewa yang berkualiti. Macam-macam hal yang mereka hadapi demi mencari penyewa yang betul-betul sempurna untuk tinggal di rumah mereka. Kalau anda mendapat penyewa dari syurga tu, silalah bersyukur dan jangan sesekali abaikan tanggungjawab anda sebagai tuan rumah pulak. Tapi kalau anda mendapat penyewa dari neraka ataupun tengah-tengah tempoh menyewa, penyewa lari daripada rumah; memang pening kepala dibuatnya!
Jikalau anda tergolong dalam golongan pemilik rumah yang kurang bernasib baik ni, eloklah baca perkongsian kali ni kerana kita hendak menunjukkan cara mudah untuk menyewakan rumah dan bilik dalam unit anda! Ye betul tak tipu. Anda baca dan hadam dulu isinya ye.
- Guna Papan Tanda “Rumah/Bilik Untuk Disewa”
Cara paling mudah dan klasik yang ramai tuan rumah buat adalah dengan mengiklankan rumah atau bilik yang nak disewakan. Cara ini adalah salah satu cara yang mudah dan berkesan untuk anda iklankan kekosongan rumah atau bilik sewa. Anda boleh menampal iklan secara besar-besaran berdekatan tingkap, pagar rumah atau menggantung banner di depan rumah anda, asalkan ianya tempat strategik yang boleh dilihat oleh orang lain.
- Cari Sendiri Penyewa Berpotensi Melalui Surat Khabar
Jika anda dah target untuk mendapatkan penyewa spesifik untuk menghuni rumah sewa anda, surat khabar atau media cetak merupakan antara cara terbaik untuk mengiklankan rumah anda. Tetapi sentiasa beringat, hendaklah menulis isi kandungan iklan itu sendiri tau! Dan pastikan mesej iklan anda jelas, padat dan straight-forward sebab iklan surat khabar sangat lah kecil saiznya.
- Hebahkan Mulut ke Mulut
Ramai orang menganggap promosi mulut ke mulut adalah suatu benda yang remeh dan sukar bagi tuan rumah mendapatkan penyewa. Jangan cepat jatuh hukum sebab dengan cara ini juga tuan rumah boleh mencari penyewa untuk rumah sewa tau! Mungkin ada dalam kalangan adik-beradik atau kawan-kawan anda yang memang tengah mencari rumah atau bilik untuk disewa. Siapa tahu kan? Yang penting, pastikan anda membuat pemeriksaan latar belakang penyewa terlebih dahulu sebelum menandatangani kontrak sewa rumah kalau tidak mahu mendapat penyewa bermasalah kelak.
- Promote Di Media Sosial
Cara ini adalah cara yang paling popular dan digunakan oleh ramai orang untuk mengiklankan rumah sewa atau bilik sewa. Maklumlah, sekarang semua benda ada kat hujung jari je. Penggunaan media sosial seperti Facebook tak dinafikan dapat membantu anda untuk mencari penyewa dalam kuantiti yang lebih besar sebab media sosial boleh diakses di mana anda berada sekalipun. Taip je nama group iklan rumah sewa kawasan yang anda nak sewakan dan anda akan jumpa pelbagai jenis rumah sewa & bilik sewa dengan pelbagai jenis harga. Tapi ingat! Patuhi peraturan group yang anda join tu kalua hendak dielak daripada di block oleh tuan punya group.
Saya Terdesak Nak Cari Penyewa Rumah Sekarang!
Jangan tergopoh-gapah nak cari penyewa tapi lupa melakukan perkara asas yang penting sebelum memberi sewa kepada orang lain. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Pastikan anda periksa dulu latar belakang penyewa, interview dengan bakal penyewa dan sediakan perjanjian sewa rumah untuk menyelamatkan anda daripada membuang masa menghadapi penyewa bermasalah nanti.