Cara Mudah Membersihkan Tandas

Kebersihan melambangkan keperibadian diri kita. Kebersihan tandas merupakan suatu perkara yang sangat penting bukan sahaja digalakkan untuk menjaga kebersihan dapur, ruang tamu dan bilik tidur sahaja tetapi kebersihan tandas juga harus dititikberatan lebih lebih lagi jika tandas itu dikongsi bersama. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara mudah bersihkan tandas supaya sentiasa wangi dan kekal bersih.

 

1) Cuci bilik air setiap hari

Anda boleh melakukannya sebelum anda mula mandi. Luangkan masa dalam 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air. Tuang sedikit cecair pencuci pada span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Jangan lupa juga untuk berus mangkuk tandas kerana ianya digunakan setiap hari.

 

2) Gunakan span pencuci pinggan

Sekiranya tandas jarang digosok atau dibiarkan lama, lantai dan dinding boleh berkulat. Sesetengah kesan ini sukar ditanggalkan walaupun anda bersihkan. Sebaiknya gunakan span pencuci pinggan untuk menyental celah celah jubin bagi menghapuskan segala kotoran degil. Anda haruslah gosok setiap hari supaya dapat mencegah kulat.

 

 

3) Bersihkan mangkuk tandas dengan kerap

Bancuh cuka bersama dengan air dengan sedikit perahan lemon dan spraykan larutan cuka ke dalam mangkuk tandas, tempat duduk tandas serta penutupnya, biarkan beberapa minit sebelum menggosoknya. Perahan lemon tersebut akan membuatkan mangkuk tandas anda wangi dan bebas bakteria. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, bilas seperti biasa.

 

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Tandas yang kotor adalah salah satu penyebab rezeki anda sempit kerana ianya tempat kesukaan jin dan syaitan. Semoga tips kali ini membantu anda dalam mengekalkan kebersihan tandas bukan sahaja bermanfaat untuk diri sendiri tetapi juga buat orang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published.