Peningkatan suhu yang berlaku kebelakangan ini amat membimbangkan kerana cuaca panas juga dapat mengancam kehidupan. Suhu meningkat dari 35 hingga 37 darjah Celsius diramal berlaku khusunya di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pastinya tidak digalakkan keluar rumah dan sentiasa berada di kawasan rumah bagi menjalankan sebarang aktiviti. Ruangan rumah seperti kawasan bilik yang tidak berapa luas dan tidak dipasang penghawa dingin pastinya akan merasai haba panas dan di sini kita ingin berkongsi bagaimana untuk menyejukkan bilik ketika menghadapi musim panas.
Guna lampu yang kurang keluaran haba
Pemilihan jenis lampu memainkan peranan penting dalam setiap ruangan khususnya dalam bilik. Disarankan untuk memilih lampu jenis florescent kerana ia mengeluarkan haba yang sedikit walaupun agak terang dan juga ia jimat elektrik.
Letakkan baldi berisi air dalam bilik
Jika anda meletakkan baldi berisi air di dalam bilik pastinya bilik anda akan menjadi sejuk kerana wap-wap panas akan diserap oleh air sepertimana keadaan dalam bilik air yang sentiasa sejuk.
Gunakan pelembap udara
Humidifier atau pelembap udara hampir digunakan oleh ramai kerana ianya banyak dijual di pasaran dengan pelbagai jenis saiz dan variasi. Tahukah anda bahawa ianya boleh menambah kelembapan udara di tempat anda meletakkannya dengan titisan wap airnya. Ia adalah salah satu alternatif yang murah buat mereka yang tidak duduk di bilik yang mempunyai penghawa dingin.
Tidur di lantai
Tidur dia atas tilam dalam cuaca panas pastinya akan buat anda tidak selesa dan banyak berpeluh. Cuba cari spot berdekatan dengan kipas dan baring atas lantai, ia dapat mengurangkan suhu badan anda yang bertindak dengan haba panas.
Anda juga boleh menggunakan warna warna yang cerah pada sarung bantal atau cadar anda seperti warna putih untuk kegunaan haria sepanjang musim panas ini kerana secara semula jadinya warna cerah dapat memantulkan haba. Tutup semua perkakas elektrik yang menjana haba seperti laptop sebelum anda tidur.