Pada zaman sekarang ini, kebanyakan bilik sewa yang diiklankan sudah dilengkapi dengan perabot, tetapi sudah menjadi fitrah manusia untuk membuat dekorasi bilik mengikut citarasa tersendiri. Tetapi kalau terlalu banyak barang juga tidak bagus terutamanya bagi ruang bilik. Oleh itu, jangan risau, kami ada senaraikan barangan yang memang sangat berguna dan tidak akan memakan ruang yang banyak di dalam bilik anda. Barang-barang ini boleh dibeli di kat Shopee dan secara automatic menjadikan bilik anda menjadi lebih cantik.
1. Rak ‘Hanger’Kalau anda seorang yang suka ‘open space’ atau ruangan terbuka, anda bolehleh pertimbangkan tempat gantung baju seperti ini idea ini berbanding almari di dalam bilik anda
Tetapi jika kalau baju anda banyak, alat ini tak sesuai kerana boleh menyebabkan bilik anda nampak serabut pula. Lebih baik guna almari, boleh sorok keserabutan yang ada itu.
2. Tiang Gantung Dengan 12 Mata Kail
Balik kerja, mestilah dah penat kan? Jadi, memang dah tak larat nak fikir pasal nak kemas-kemas bilik. Tu yang lepas balik dari kerja, main campak je barang-barang. Dengan adanya benda ni, anda boleh sangkut barang-barang selalu guna. Tak ada masalah barang sepah dah di dalam bilik dan juga masalah susah nak cari barang apabila diperlukan.
3. Rak Serbaguna 4 Tingkat
Di Ikea juga anda boleh mencari rak seperti ini kerana ia dijual di situ. Nak beli kat Shopee pun boleh, asal ikut kesesuaian dan bajet yang anda sanggup gunakan. Tetapi memang function teruk la jika ada rak seperti ini di bilik sewa. Yang paling senang, ianya boleh diletakkan di mana-mana sahaja seperti di sebelah meja, untuk meletakkan barang hiasan dan juga untuk menyusun buku secara kemas dan teratur. Tak ada alasan lagi dah tak nak cantikkan bilik korang. Tak perlu hias dengan barang yang mahal, cukup ada barang-barang ni pun dah ok. Murah pun murah nama pun beli kat shopee.
4. Premium ‘Cotton Bedsheet’
Corak cadar minimalis macam ni memang syok mata memandang. Lagi-lagi cadar yang berwarna gelap, manakala dinding pula berwarna cerah. Memang ngam betul. Lagipun, kain cotton merupakan jenis kain yang sejuk dan tidak panas. Jadi ia dapat mengelakkan anda daripada berbepluh kuat ketika waktu tidur. Maklumlah cuaca di Malaysia ni sentiasa panas sepanjang tahun. Penting hias tempat tidur supaya rasa sedap je bila nak tidur tu. Barulah dapat tidur yang berkualiti.
5. Penyimpanan Kosmetik Mudah Alih
Kotak penyimpanan kosmetik mudah alih plastik ini adalah kotak penyimpanan untuk menyimpan barangan kecil seperti kosmetik. Kelebihan produk kotak simpanan kosmetik ini adalah untuk menyimpan item seperti ‘skincare’ atau kosmetik dan mempunyai ruang storan yang besar. Ciri-ciri kotak penyimpanan kosmetik adalah pemegang tangan yamg membolehkan pemilik membawa ia ke mana-mana sahaja. Ianya juga boleh dibuka dan ditutup mengunakan kunci atau zip yang ada, Kebiasaannya ia digunakan untuk penyimpanan barang kecil di dalam rumah, penggunaan kanak-kanak seperti barangan keperluan bayi dan sebagainya. Anda yang asyik pindah-randah tu memang wajib ada benda ni. Tak ada dah masalah barang make up tercicir lepas ni. Tambah menarik jika penyimpan kosmetik anda mempunyai cermin yang boleh digunakan ketika anda bersolek.