KELEBIHAN SEWA JANGKA MASA PENDEK SELAMA 6 BULAN SAHAJA.

Mungkin kita sudah terbiasa dengan kontrak sewa minima selama satu tahun. Namun dengan peralihan zaman moden dan gaya hidup terkini, sewa jangka masa pendek ataupun lebih dikenali sebagai ‘short term rental’ di kalangan penyewa kini sudah mula mendapat perhatian kerana tempoh kontral yang lebih pendek serta pastinya menyediakan deposit yang lebih rendah.

 

Sungguhpun begitu, ada juga sesetengah pemilik rumah yang tidak berapa gemar dengan konsep memberi sewa seperti yang dijelaskan di atas terutama sekali mereka yang suka memberi sewa rumah kosong atau sewa bilik kosong.

 

Bukan semua pemilik rumah bersikap seperti itu ya. Ingin kami tekankan di sini hanya  segelintir sahaja yang permikiran begitu. Sebenarnya, menyewa rumah atau bilik bagi jangka masa pendek ni juga dapat memberikan banyak lagi kelebihan pada pemilik rumah juga.

 

Tapi kita tak nak melanjutkan cerita mengenai pemilik rumah kerana hari ini kita hendak memberi lebih fokus kepada golongan penyewa dengan membincangkan kelebihan ‘short term rental’ untuk mereka sebagai penyewa jangka masa pendek. Ayuh! Teruskan membaca.

 

  1. Fleksibiliti

Seiring dengan peredaran zaman, corak dan gaya kerja kita pun sudah berubah. Ada yang kini bekerja dari rumah, ada pula yang kena kerap travel, ada yang buat start-up dan macam-macam lagi keunikan cara kerja sekarang ni.

 

Atas faktor ni, tinggal secara tetap bukanlah pilihan yang terbaik bagi mereka. Maka, hadirlah konsep sewa jangka masa pendek yang memenuhi kehendak mereka. Contoh yang paling popular adalah Airbnb.

 

Bukan sahaja penyewa mendapat tempat tinggal sementara, siap dapat masuk sekali dalam komuniti yang mempunyai satu mindset yang sama.

 

  1. Lengkap dengan perabot (Fully-furnished)

Macam dinyatakan diatas, pemilik rumah yang tidak gemar atau suka akan konsep ini adalah kebanyakan yang jenis memberi sewa rumah atau bilik kosong.

 

Untuk konsep sewa ni, pemilik rumah memang memastikan rumah atau bilik lengkap dengan perabot dan kelengkapan. Memang sesuai sangat untuk penyewa yang tiada masa tambahan untuk memikirkan soal urusan membeli perabot semua tu kerana kesibukan yang dialami di tempat kerja mahupun ketika mengendali bisnes sendiri.

 

Bak kata kami, bawa beg yang berisi baju, cuci kaki sahaja dan terus boleh masuk ke dalam rumah/bilik sewa. Mudah bukan?

 

  1. Pengalaman seperti hotel

Antara alternatif lain adalah terdapat juga mereka yang ‘sewa’ di hotel. Tapi jaranglah hotel nak bagi kadar harga secara bulanan. Ada tu ada, tapi sangat jarang. Kalau ada pun, pastinya harga sewa lebih mahal daripada menyewa di tempat lain.

 

Dalam coliving, anda juga boleh mendapatkan pengalaman ala-ala hotel. Bukanlah 100% tapi paling tidak anda dapat mengakses fasiliti yang tersia bagi penguhi bangunan tersebut seperti kolam renang, gym, sauna selain mempunyai konsep interior design yang nampak mewah dan berkelas. (bergantung pada lokasi).

Leave a Comment

Your email address will not be published.