Kepentingan Menjaga Kebersihan Meja Makan

Dapur merupakan satu ruang yang memainkan peranan penting bagi penghuni rumah dalam menyediakan makanan dengan bau masakan yang memenuhi ruangan. Namun, kebanyakan dari kita cukup tidak peka ketika memasak di dapur, kita lupa untuk memastikan meja makan yang kita ingin gunakan bersih ataupun tidak. Meja makan adalah tempat di mana anda berkumpul untuk duduk dan makan di atasnya dan amatlah penting ia seharusnya berada dalam keadaan yang bersih dan teratur.

Di antara kepentingan menjaga kebersihan meja makan adalah:

1) Segera letakkan pinggan atau cawan kotor di sinki

Salah satu cara termudah untuk membuat meja makan terlihat bersih adalah dengan meletakkan pinggan dan cawan kotor di dalam sinki. Perkara ini amat penting bukan sahaja untuk kebersihan meja makan tetapi juga kebersihan pinggan dan cawan yang harus dititkberatkan.

2) Bijak dalam membahagi ruang

Meja dapur terdiri daripada pelbagai jenis bentuk samada segi empat ataupun bulat bergantung kepada saiz ruang rumah. Untuk meja yang bersaiz besar tidak ada masalah untuk meletakkan perkakas dapur atau makanan dia atas meja sebaliknya untuk meja yang kecil ia memerlukan idea untuk menyusun atur barangan untuk diletakkan di atasnya. Siapkan beberapa bahagian ruangan bagi meletakkan pelbagai peralatan atau makanan dan susun dengan keadaan yang cantik agar meja terlihat kemas dan bersih.

 

3) Mulai sesi mengemas meja dapur setiap malam

Pastikan keadaan meja makan bersih setelah anda selesai menggunakan tidak kira di waktu siang ataupun malam dan semuanya sudah dikembalikan ke tempat asalnya. Bagi yang berkongsi menggunakan meja makan untuk makan atau meletakkan barang barang makanan, anda boleh membahagikan tugas masing masing supaya meja makan yang dikongsi berada dalam keadaan yang memuaskan khususnya setelah anda selesai makan malam dan sebelum anda tidur.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Pastikan meja makan anda sentiasa bersih untuk mengelakkan masalah seperti kemunculan lalat dan penyebaran penyakit melalui bakteria yang datang daripada meja makan yang tidak dilap dan tidak dibersihkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.