Nak sewakan rumah, apa langkah pertama anda?

Kalau nak sewakan rumah, tuan rumah wajib lakukan perkara ini dahulu
Kos sara hidup yang semakin meningkat mengakibatkan ramai yang kini menyewakan rumah kepada orang lain demi meraih sedikit duit tambahan buat perbelanjaan. Tapi adakah anda semua mengikuti proses yang betul sebelum menyewakan rumah??Hari ini, kami akan kongsi perkara penting yang perlu dilakukan sebelum menyewakan rumah.

Pertama sekali, tuan rumah digalakkan menstruktur semula keadaan rumah dan menambah fasiliti dalam rumah untuk keselesaan penyewa. Antaranya, menyediakan peti sejuk, pemanas air, dan lain-lain keperluan asas kegunaan penyewa anda.

Ada pula yang sampai malas nak sediakan Surat Perjanjian Sewa Rumah. Individu ini berkemungkinan menanggung risiko yang tinggi jika tidak menyediakan dokumen ini kerana ia seolah-olah memberi peluang kepada penyewa untuk bebas membuat apa sahaja kerosakan atau kecurian ketika tinggal di dalam rumah sewa. Yang sedihnya, ada yang melarikan diri apabila tidak dapat melunaskan hutang sewa bulanan.
Pastikan anda sentiasa peka dengan situasi dan keadaan rumah sewa selepas disewakan kepada individu lain. Bak kata pepatah. Baik beringat daripada terkena.

Leave a Comment

Your email address will not be published.