Rumah adalah sememangnya satu keperluan yang sangat penting sebelum berkahwin. Namun begitu, kebanyakkan orang tidak mampu memiliki rumah sendiri dek kerana kekurangan bajet atau kos sara hidup yang tinggi, mengekang harapan mereka untuk mempunyai rumah milik sendiri. Semestinya, mempunyai rumah bukanlah perkara yang wajib sebelum berkahwin kerana kini ada banyak pilihan rumah sewa yang boleh didiami oleh pasangan yang sudah bernikah. Hanya pastikan bahawa rumah yang didiami adalah selesa bagi anda dan pasangan mahupun keluarga anda.
- Rumah Kosong
Maksud rumah kosong adalah kediaman yang tidak mempunyai sebarang perabot-perabot asas seperti kerusi dan meja makan. Antara kelebihan rumah kosong adalah
anda bebas mencorakkan sendiri dan menghias rumah tersebut mengikut cita rasa anda. Boleh beli perabot, mesin basuh atau peti ais yang anda sukai dan mengikiut konsep yang anda gemari. Unit ini mempunyai harga sewa yang agak murah kerana tuan rumah tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli perabot. Memang jauh bezanya dengan unit yang lengkap dengan perabot.
Kekurangannya pula, anda perlu mengeluarkan modal untuk membeli perabot asas seperti katil, kipas, kerusi, meja, peti ais, tong gas dan dapur dan boleh menelan kos sebanyak RM3,000-RM4,000 hanya untuk perabot sahaja. Tidak ditambah dengan bayaran deposit rumah lagi.
Jumlah untuk masuk rumah baru adalah sekurang-kurangnya lebih dari RM 1500. Jumlah ini adalah sangat tinggi bagi pasangan yang baru sahaja menghabiskan wang untuk perbelanjaan majlis perkahwinan dan hantaran. Selain itu, ketika hendak pindah rumah nanti, banyak barang yang perlu dibawa. Dan pastinya, mengangkut barang yang banyak memerlukan duit perjalanan atau sewa lori untuk menghantar perabot.
- Rumah semi furnished
Bagi unit ini, anda mungkin boleh menarik nafas lega sedikit kerana tuan rumah sendiri akan menyediakan separuh daripada kelengkapan di rumah. Barang apa yang ada di rumah adalah bergantung pada tuan rumah itu sendiri sama ada ingin melengkapkan rumah dengan perabot asas seperti kerusi, meja, katil, almari, dapur gas dan peti ais. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan beban penyewa.
Sepanjang anda menyewa, anda bolehlah membeli satu demi satu perabot agar tidak terbeban untuk mengeluarkan amaun yang besar sekali gus. Kadar sewa pula masih murah tetapi sedikit tinggi berbanding dengan unit kosong.
- Rumah Fully Furnished
Rumah fully furnished adalah paling sesuai untuk orang yang malas nak serabutkan kepala. Tinggal datang hanya dengan membawa diri dan pakaian sahaja kerana segalanya tuan rumah sudah sediakan serperti peti ais, televisyen, mesin basuh, dapur, katil, sofa dan pelbagai lagi. Ada juga sesetengah tuan rumah yang menyediakan kemudahan wifi dan aircond untuk menarik penyewa.
Namun begitu, sewa untuk rumah “fully furnished” agak mahal. Tambahan dalam RM300-RM400 sebulan berbanding unit lain, boleh menjadi lebih tinggi bergantung kepada perabot dan kelengkapan rumah lain yang disediakan.
Pilihan rumah sewa bergantung kepada kemampuan dan kemahuan pasangan itu sendiri. Jika anda mampu untuk menyewa rumah “fully furnished” adalah lebih digalakkan kerana ia dapat menjimatkan masa anda untuk mengurus rumah ketika baru berpindah