Menjadi seorang penyewa yang beretika ini bukan senang ya. Anda perlu menjaga imej anda sebagai penyewa, juga kerana anda tinggal di hartanah milik orang lain.
Hubungan dengan tuan rumah juga mesti berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, terdapat juga beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian terutamanya oleh setiap penyewa.
1. Pastikan anda menjaga kebersihan dan kemudahan diberi. Ini juga termasuk dalam aspek menjaga harta benda pemilik rumah, serta hartanah yang disewa oleh anda. Lakukan perkara asas seperti mengelap tingkap, membasuh bilik air dan membuang sampah seperti yang sepatutnya dibuat.
2. Dilarang mengubahsuai tanpa kebenaran pemilik rumah. Walaupun ada penyewa beranggapan mengubahsuai mahupun mengecat dinding akan membantu dan memudahkan urusan tuan rumah, tapi bukan semua tuan rumah akan menghargai usaha yang dilakukan oleh anda.