Apabila anda memilih lampu di dalam bilik, anda perlu mengambil kira beberapa faktor seperti jenis mentol yang akan anda gunakan untuk setiap ruang. Bergantung pada keamatan pencahayaan mentol dan warnanya, ia berpotensi memberi kesan positif atau negatif bagi setiap penggunaan lampu untuk aktiviti tertentu.
Warna Mentol
Warna terang memainkan peranan penting dalam setiap sudut di dalam ruangan. Sebagai permulaan, ketahui jenis mentol yang ingin digunakan sama ada mentol yang biasanya mengeluarkan cahaya putih atau lampu jenis LED antara 9W hingga 15W yang digunakan meluas di setiap kediaman.Warna mentol biru dan putih memberikan perhatian yang lebih dan menghalang pengeluaran hormon yang mendorong untuk tidur. Jadi, sangat tidak sesuai jika anda meletakkan mentol warna ini jika anda ingin berehat atau dalam bilik tidur sebaliknya pencahayaan yang lebih malap seperti mentol warna kuning tidak mengganggu pengeluaran melatonin. Jadi, warna lampu jenis hangat lembut (warm) adalah yang terbaik untuk diletakkan dalam bilik tidur atau bilik yang digunakan sekadar untuk bersantai.
Kecerahan Mentol
Anda perlu ambil perhatian tentang tahap unit aliran cahaya pilihan anda. Walaupun aliran cahaya yang dicadangkan untuk bilik tidur kebiasaannya sekitar 800 lumen, ia sebenarnya tetap bergantung kepada saiz ruang dan kapasiti bilik anda. Untuk bilik tidur yang kecil, secara umumnya memerlukan kira-kira 10 hingga 20 lumen setiap kaki persegi, manakala bilik mandi dan dapur memerlukan tahap pencahayaan yang lebih besar iaitu sekitar 70 hingga 80 lumen setiap kaki persegi. Selepas menetapkan tahap unit aliran cahaya yang sesuai bagi setiap ruangan, anda perlu mempertimbangkan sama ada jenis mentol yang ingin digunakan boleh dilaraskan samada malap dan tahap kecerahannya boleh dikawal.
Anda boleh menambah dan mengubahsuai beberapa tahap pencahayaan di kawasan bilik yang berbeza bagi mencipta suasana yang menyamankan. Lampu dinding, lampu meja dan lampu lantai dapat menggantikan pencahayaan yang lebih lembut dan tenang berbanding lampu utama.