Sering pemilik rumah memikirkan bahawa menguruskan rumah sewa adalah kerja yang sangat memeningkan. Tambah lagi dengan melayan kerenah penyewa yang datang dengan macam-macam ragam. Bagi mereka yang baru hendak menyewakan rumah atau sudah pun mempunyai rumah sewa, bolehlah ikut proses di bawah untuk memudahkan lagi urusan penyewaan bilik/rumah kepada penyewa.
1. Pastikan anda mengenal pasti market sewa rumah anda sama ada datang dengan perabot atau tanpa perabot.
2. Siarkan iklan rumah sewa yang lengkap dengan segala maklumat terperinci seperti kadar sewa sebulan, tarikh pembayaran, deposit dan tempoh kontrak.
3. Tanya prospek penyewa dengan terperinci mengenai lokasi kerja, kenderaan dan sebagainya.
4. Semasa penyewa datang tengok rumah, maklumkan mereka sekali lagi mengenai malumat pada No. 2 dan 3. Pastikan anda bertanya tentang tarikh kemasukan penyewa.
5. Dapatkan maklumat pekerjaan penyewa seperti gaji, tempat kerja, tarikh masuk gaji dan letakkan kadar sewa yang bersesuaian dengan kadar sewa yang biasa diletakkan.
6. Tegaskan penyewa berkenaan dengan kerosakan di rumah sewa.
7. Pastikan anda menyediakan kontrak sewaan atau ‘Tenancy Agreement’ dan perlu dan perlu diletakkan setem hasil.