Rumah tanpa downpayment??
Boleh ke beli rumah tanpa down payment??
Macam cuba nak menipu je ni. Tak percayalah kalau beli rumah tak ada down payment padahal nak beli kereta pon ada…
Kebanyakan orang mempunyai masalah bila nak beli rumah iaitu bayaran down payment kerana kebanyakan bank hanya memberi pinjaman sebanyak 90% daripada harga asal rumah,
Tapi tak ramai yang tahu mengenai satu skim sewa-untuk-beli (rent-to-own, RTO). Secara mudahnya anda boleh membayar sewa bulanan sehinggalah selesai membayar harga untuk anda memiliki rumah tersebut. Tapi kemungkinannya, sewa bulanan akan menjadi lebih tinggi daripada harga pasaran kerana sebahagiannya akan dimasukkan ke dalam ‘tabung’ untuk meringankan beban kos membeli rumah.
Skim RTO ni memerlukan kedua-dua pembeli dan juga penjual untuk menandatangani ‘lease-purchase contract’ yang menyatakan bahawa bakal pembeli akan menyewa rumah dulu dalam tempoh yang ditetapkan. Sewa bulanan yang dibayar itu akan dikreditkan ke dalam pembelian rumah. Skim RTO lebih disarankan bagi mereka yang memang tak dapat nak kaut duit untuk membayar down payment.