Rumah yang selesa dapat mewujudkan suasana yang tenang dan aman. Untuk itu, barangan aksesori rumah yang boleh dijadikan kawasan tempat anda duduk dan rehat ialah bantal hiasan. Bantal hiasan boleh digunakan di sofa, diatas katil, ruang tempat kerja atau dimana sahaja. Terutama, bantal hiasan yang mudah dicuci dan kebersihannya boleh dijaga.
Bantal hiasan bukanlah sekadar hiasan kerana ia membantu kepada mereka yang mempunyai masalah urusan seharian. Bantal berfungsi untuk memberi keselesaan kepada anda dengan meletakkan bantal di bawah kepala atau dibelakang pinggang sambil berehat di sofa. Ia juga dapat menyerikan suasana di halaman sofa anda.
Berikut merupakan tips yang perlu diperhatikan tentang pemilihan bantal yang sesuai di hias di rumah.
- Jumlah dan ukuran bantal
Ukuran bantal hiasan yang biasa digunakan ialah 30 cm x 30 cm atau 40 cm x 40 cm. Jika menggunakan bantal yang terlalu besar, sofa akan kelihatan sempit apabila menggunakannya. Jadi untuk sofa yang besar anda boleh gunakan bantal dengan saiz 40cm × 40cm.
Kuantiti bantal sofa harus bersesuaian dengan ukuran sofa. Sebaiknya guna 3,5,7 jumlah kuantiti bantal untuk diletakkan di sofa.
- Corak bantal hiasan
Corak bantal hiasan mempengaruhi suasana dikawasan ruang tamu sofa. Ruang tersebut akan kelihatan elegan dengan pemilihan bantal yang tepat. Jika ruang tersebut kelihatan moden, anda boleh menggunakan corak geometri sebagai penyeri disofa.
- Bahan yang digunakan
Bantal yang gebu, lembut, sihat dan selesa adalah isian bantal yang sesuai digunakan. Jika bantal yang keras akan menyebabkan anda tidak selesa. Untuk menjamin kebersihan bantal, gunakan bantal yang boleh dicuci agar terhindar dari alahan seperti habuk, hama, debunga dan lain-lain apabila anda menggunakannya.
- Warna
Pemilihan warna bantal amat penting untuk disesuaikan dengan sofa, dinding dan sekelilingnya. Jangan serabutkan keadaan disitu. Sesuaikan warna dan corak bantal mengikut kesesuaian ruang tersebut.
Begitulah cara memilih bantal hiasan yang menarik dan selesa untuk ruang tamu anda. Selain dari aspek keselesaan, anda juga perlu memilihnya dari bahagian hiasan. Jadi tetamu tidak akan bosan ke ruang tamu anda yang dilengkapi dengan bantal yang cantik dan menarik.