Tips Hilangkan Bau Busuk Dalam Bilik

Bilik yang berbau adalah sangat tidak selesa bukan sahaja buat yang menghuni bilik tersebut malahan juga buat pengunjung yang masuk. Pengumpulan bau yang tidak menyenangkan ini datang dari pelbagai punca dan anda seharusnya meneliti penyebabnya supaya langkah pertama yang anda harus lakukan adalah menyingkirkan sumber bau busuk tersebut.

Terdapat beberapa tips bagaimana untuk mengatasi masalah bau busuk di dalam bilik

 

1) Asingkan pakaian kotor

Pakaian yang dipakai seharian pastinya kotor kerana ia datang daripada berpeluh walaupun anda duduk di dalam penghawa dingin juga tetap akan menggalakkan pengumpulan bakteria khususnya stokin dan seluar. Jadi adalah digalakkan setiap kali anda pulang dari pejabat atau riadah di luar, anda haruslah mengasingkan semua pakaian yang kotor dalam satu bakul dan letakkan jauh dari tempat anda tidur.

 

2) Tukar cadar dan sarung bantal

Cadar dan terutamanya sarung bantal mengundang bau busuk kerana anda menghabiskan masa sekitar 8 hingga 12 jam sehari berada di tempat tidur. Ia merupakan waktu yang cukup lama untuk peluh, bakteria dan kulat berpindah dari badan ke kawasan katil. Semakin lama anda menggunakan cadar yang sama tanpa dicuci, semakin banyak kotoran membiak di atas cadar anda. Oleh itu, anda harus kerap tukar cadar dan sarung bantal sekurang kuranganya dua minggu sekali.

 

3) Kekalkan tahap pengudaraan semula jadi

Pengudaraan semula jadi amat penting khususnya bagi bilik yang agak kecil. Caranya adalah dengan buka lebih daripada satu tingkap pada bahagian yang sama sekiranya boleh kecuali jika keadaan di luar tidak mengizinkan seperti hujan lebat dan jerebu. Tingkatkan pengudaraan silang (cross ventilation) dengan membuka tingkap atau pintu bahagian bertentangan, pastikan pintu di dalam ruangan dan kipas sentiasa terbuka agar dapat membantu meningkatkan peredaran udara dalaman.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Pastikan bilik anda sentiasa bersih untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dalam bilik kerana bilik yang kotor akan memudaratkan penghuni yang tinggal di dalamnya seperti penyebaran penyakit yang berbahaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.