TIPS KEKALKAN PETI AIS KEKAL SEJUK DAN TERSUSUN

Peti sejuk ataupun peti ais merupakan keperluan penting di dapur setiap rumah. Menjaga kebersihan peti sejuk adalah penting, bukan sahaja atas sebab kesihatan tetapi juga supaya ia berfungsi dengan betul dan bertahan lebih lama. Dengan menjaga kebersihan peti sejuk ini akan menghalang cendawan dan bau yang tidak menyenangkan daripada terbentuk. Peti beku mesti dinyahbekukan secara tetap untuk menghentikan pembentukan ais. Terdapat beberapa tips yang ingin dikongsikan bagi mengekalkan peti ais supaya sejuk dan tersusun:

 

Lakukan Kebersihan Berkala

Bersihkan peti sejuk secara berkala sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk kekal kemas. Permukaan luar boleh dibersihkan dengan menggunakan kain lembut dan air sabun suam. Untuk membersihkan bahagian dalam pula dinasihatkan supaya menggunakan air suam dengan baking soda atau cuka. Jangan gunakan bahan pembersih yang boleh mengeluarkan bahan berbahaya atau bau pada makanan. Kami juga menasihatkan anda menggunakan kain lembut di bahagian dalam dan pastikan anda membilas bahagian dalam peti sejuk.

 

Simpan Barang Makanan Dalam Bekas Tertutup

 

Peti sejuk juga kekal bersih lebih lama apabila makanan yang telah dimasak disimpan dalam bekas kedap udara serta barang mentah disimpan dalam beg kedap udara. Kabin peti sejuk akan berbau segar dan pencemaran kulat akan jarang berlaku. Sisa makanan yang menitis dan tertumpah dari makanan menjadikan peti sejuk kotor. Bau dari makanan bercampur dengan udara dan selepas beberapa hari udara mula berbau busuk. Mikroorganisma seperti kulat dan bakteria daripada makanan yang rosak juga bercampur dengan udara peti sejuk. Zarah-zarah ini memendap di tempat yang berbeza dalam peti sejuk dan terus berkembang dan membiak dengan cepat.

Buang Makanan Yang Dah Tamat Tarikh Luput

Jelas sekali terdapat beberapa risiko jika anda memakan makanan yang telah tamat tempoh contohnya, makanan dalam tin dan produk tidak mudah rosak berkemungkinan bertahan lama melepasi tarikh luputnya, tetapi anda harus memberi lebih perhatian kepada tarikh luput pada makanan yang lebih mudah rosak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar atau telur. Jika anda makan makanan yang rosak, anda boleh jatuh sakit dan mengganggu tahap kesihatan anda maka buang segala makanan yang telah tamat tempoh dari peti sejuk anda.

 

Jelas sekali bahawa kebergantungan makanan dan peti ais adalah sangat kuat. Apabila anda malas membersihkan peti sejuk, risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit amatlah tinggi. Semoga tips ini berguna buat semua. Selamat mencuba!

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.