Menjelang musim perayaan semestinya ramai di antara kita teruja untuk pulang ke kampung halaman. Raya tetap raya tetapi jangan kita lupa bilik yang kita tinggalkan itu mesti dalam keadaan yang selamat dan terjaga.
Berikut ialah 4 tips keselamatan sebelum meninggalkan bilik sewa di musim perayaan
1) Tutup semua pintu dan tingkap bilik anda dan pastikan semuanya berkunci supaya tidak mudah dipecah masuk dan diumpil dari luar.
2) Barang kemas dan wang tunai jangan disimpan di dalam bilik, simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.
3) Bagi memastikan segala harta benda dalam keadaan selamat, periksa peralatan elektrik di setiap ruang untuk mengelakkan berlakunya litar pintas yang akan mengundang kebakaran.
4) Hentikan melanggan segala barang online menjelang musim perayaan di mana penghantaran yang dilakukan semasa anda tiada dapat menarik perhatian orang yang berniat jahat dan kemungkinan barang anda untuk dicuri itu sangatlah tinggi.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata para pembaca agar lebih berhati hati ketika meninggalkan bilik sewa anda bukan sahaja menjelang perayaan tetapi juga setiap kali anda keluar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.