TIPS MENCARI BILIK SEWA

Anda mesti dah tahu yang kami suka memberikan tips yang berguna pada setiap minggu terutamanya bagi mereka yang mencari biik sewa. Jadi perkongsian minggu ini adalah mengenai tips mencari bilik sewa yang paling sesuai dengan anda.

Pertama sekali, anda kena pastikan bilik sewa yang dicari itu selesa didiami atau tidak. Tujuannya, adalah untuk mengelakkan masalah kerap berpindah kerana tidak serasi dengan keadaan sekeliling atau kurang mesra dengan teman sebilik/serumah. Elakkan mencari bilik sewa yang jauh dari tempat kerja atau universiti anda untuk mengelakkan diri dari terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pada waktu pagi. Kalau lambat sampai office mesti kena marah dengan bos nanti. Dah bertambah masalah anda nanti. Bagi yang liat nak bangun pagi tu, ni kesempatan untuk anda bangun lambat kerana tempat kerja berdekatan dengan bilik sewa.

Yang paling penting, pastikan anda memilih bilik sewa mengikut bajet atau kemampuan anda. Kalau tak plan bajet, habislah semua duit gaji lepas ke tangan pemilik rumah sewa. Putih mata la anda nanti apabila perlukan duit untuk perbelanjaan harian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.