TIPS MENCARI PENYEWA DENGAN CEPAT

Sudah tentu anda ingin mencari penyewa dengan cepat untuk rumah/bilik sewa anda, tapi adakah anda berada di landasan yang betul? Berikut adalah dua cara paling popular untuk mencari penyewa untuk unit sewa anda dan telah terbukti keberkesanannya.

  1. Cari target penyewa di laman web sewa.

Internet merupakan inisiatif yang terbaik untuk anda menyampaikan info kepada orang lain. Laman web seperti Tenantcloud atau Property Guru menyenangkan tugas anda dalam penyenaraian percuma untuk  rumah sewa anda. Penyewa prospektif anda dapat mengakses maklumat di laman web tersebut dan seterusnya mempercepatkan lagi kriteria carian bagi penyewa berdasarkan harga sewa, kawasan atau factor lain.

  1. Penggunaan media sosial untuk mencari penyewa.

Jutaan orang di Malaysia mahupun di luar dunia menggunakan laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter pada setiap hari. Jika anda adalah sebuah syarikat kecil yang mecari inisiatif untuk mengurangkan perbelanjaan mempromosikan servis anda, jadi anda haruslah mencuba untuk menyediakan halaman Facebook, akaun Instagram atau akaun Twitter untuk perniagaan rumah sewa anda. Ianya bukan sahaja percuma malah dapat menarik perhatian golongan muda seperti pelajar yang kebanyakannya mencari bilik sewa berdekatan dengan universiti mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published.