- Periksa keadaan rumah anda
Sebelum bermula dengan proses menyewakan rumah, rumah anda haruslah berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami sebarang kebocoran, retakan, dan paip tidak tersumbat. Kerosakan kecil seperti ini boleh menjadi antara penyebab kenapa penyewa akan mengusulkan harga yang lebih rendah bagi rumah sew ajika dibandingkan dengan nilai sewa yang diletakkan oleh pemilik rumah. Rumah yang nak disewakan harus berada dalam keadaan yang bersih. Perabot dan peralatan di rumah dipastikan disusun dalam keadaan yang teratur dan kemas. Peralatan perlulah diperiksa agar berfungsi dengan baik. Peti sejuk, mesin basuh, kipas dan TV adalah antara kemudahan tambahan yang boleh disediakan agar penyewa berminat dengan rumah sewa.
- Tentukan Harga Sewa
Harga rumah atau bilik sewa lazimnya adalah perkara pertama yang ditanya oleh penyewa. Sebagai pemilik, mesti anda ingin menyewakan unit anda dengan secepat mungkin pada harga yang tinggi. Adalah sebaiknya anda membandingkan harga unit anda dengan unit sewa lain di kawasan sekitar anda untuk menetapkan harga sewa. Selalunya, penyewa akan lebih tertarik dengan rumah yang mempunyai segala kemudahan termasuk ciri-ciri rumah yang menarik tetapi mempunyai harga sewa yang berpatutan. Gunakan khidmat dari Perunding Hartanah (REN) agar anda mendapat idea harga yang bernas untuk menyewakan rumah anda
- Khidmat Perunding Hartanah(REN)
Biar mereka yang lebih arif menguruskan rumah sewa anda seperti berunding dengan Perunding Hartanah. Tip ini boleh anda gunakan jika anda kurang arif mengenai pengurusan rumah sewa. Ilmu serta pengalaman yang ada pada mereka bsangat berguna untuk menguruskan sewa rumah agar lebih mudah.
- Rumah Yang Akan Disewakan perlu Diiklankan.
Kadang-kadang rumah sewa anda akan terbiar kosong untuk tempoh masa yang agak lama tanpa penyewa. Sebabnya, anda tidak melakukan sebarang pengiklanan mengenai rumah sewa menyebabkan ramai yang tidak sedar mengenainya. Iklankan rumah sewa anda di laman sesawang atau melalui media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Anda juga boleh menggantung banner pada rumah atau di kawasan sekitar dengan kebenaran untuk menarik perhatian penyewa. Namun, bagi yang menggunakan perkhidmatan dari Perunding Hartanah(REN), mereka akan menguruskan aspek pengiklanan untuk mendapatkan penyewa bagi anda.
- Pilih Penyewa dengan bijak.
Apabila anda menyewakan rumah kepada orang lain dan memberikan mereka izin untuk menetap di rumah anda, buatlah pilihan dengan bijak. Pilih penyewa yang baik, sopan, membayar sewa pada masa dan menjaga rumah sewa anda dalam keadaan yang baik.
Cari maklumat mengenai penyewa prospek terlebih dahulu, lebih-lebih lagi info mengenai keupayaan kewangan mereka. Tanya pekerjaan serta gaji mereka dan minta slip gaji untuk pengesahan pendapatan dan juga buat sedikit kaji selidik latar belakang penyewa. Ini dapat menentukan kemampuan kewangan bakal penyewa anda samada mereka mampu ataupun tidak.
- Buat Tenancy Agreement(Perjanjian Sewa)
Sebab pentingnya membuat perjanjian sewa ini adalah untuk melindungi diri anda pada masa akan datang dari mengalami apa-apa isu yang merumitkan. Jadi jika ada masalah yang dihadapi, ada bukti yang semua terlaksana di bawah satu perjanjian. Perjanjian Sewa ini hendaklah lengkap dan disertakan sekali dengan duti setem bagi menjamin hak pemilik dan juga hak penyewa. Pemilik rumah dapat menikmati sewa bulanan yang akan dianggap sebagai pendapatan dan dinilai oleh pihak bank apabila hendak mengambil pinjaman bank untuk beli rumah atau hartanah lain.