Ramai tuan rumah yang buntu apabila berhadapan masalah penyewa yang mula membuat hal dan tidak tahu cara untuk mengatasi masalah tersebut. Berikut adalah cara-cara untuk mengatasi masalah penyewa yang tidak membayar sewa :
1. Pastikan anda melantik seorang peguam sivil dengan segera. Bantuan peguam diperlukan jika anda ingin menghantar surat amaran kepada penyewa sebelum mengatur langkah seterusnya.
2. Peguam perlu menghantar notis tuntutan tunggakan sewaan kepada penyewa dan mereka diberi masa selama 7 hari untuk menjelaskan bayaran yang tertunggak. Pastikan menggunakan pos berdaftar sebagai bukti penerimaan oleh penyewa.
3. Jika penyewa masih enggan membayar, peguam perlu menghantar notis penamatan sewaan dan notis pengosongan premis secara segera kepada penyewa.
4. Jika premis sewaan masih belum dikosongkan oleh penyewa, peguam perlu memfailkan permohonan Writ of Distress.
5. Apabila perintah Writ of Distress telah diperolehi daripada Mahkamah, tuan rumah dan peguam akan pergi dengan bailiff iaitu wakil mahkamah dan diiringi oleh polis ke premis sewaan tersebut untuk mengarahkan penyewa mengosongkan premis tersebut. Barang-barang milik penyewa pula akan disita dan dilelong oleh Mahkamah untuk menampung tunggakan sewa dan kos-kos lain.