ELAK PETI AIS BERBAU BUSUK KETIKA BULAN PUASA

Kekurangan masa dengan pelbagai tugasan di pejabat dan di rumah pastinya buat kita tidak sempat untuk melakukan kerja pembersihan dalam peti ais. Terbiar lama tanpa di cuci dengan kerap buat peti ais kita bertambah baunya. Di tambah pula dengan menyimpan pelbagai jenis makanan dan bahan memasak yang meninggalkan bermacam-macam bau kurang enak lebih lebih lagi dalam bulan puasa ini. Kelembapan yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan pada peti sejuk dan menyebabkan peningkatan kos elektrik. Nak kurangkan bau yang tidak enak dalam peti ais? Empat bahan ini pasti membantu anda menyelesaikan masalah peti berbau.

 

BAKING SODA

Baking soda mempunyai sifat menyerap bau dan kelembapan yang efektif. Ia boleh menyerap bau yang kurang menyenangkan dan dapat menyerap kelembapan yang berlebihan di dalam peti sejuk. Dengan menggunakan baking soda, anda boleh mengurangkan bau dan kelembapan di dalam peti sejuk secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia yang akan memberi kesan buruk kepada bahan makanan yang sedia ada di dalam peti sejuk anda.

OATMEAL

Siapa sangka oatmeal juga dapat menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk. Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.

BIJI KOPI

Kopi adalah salah satu bahan yang mempunyai keupayaan untuk menyerap bau, Higroskopisitas yang sangat baik yang tidak semua orang tahu. Anda hanya perlu membeli kopi yang dikisar dan kemudian masukkan ke dalam mangkuk atau pinggan kecil dan letakkan di suatu sudut dalam peti ais anda dan digalakkan juga diletak di tempat yang menyebabkan bau atau kelembapan.

ARANG

Cari arang dalam bentuk sama ada briket atau pelet. Untuk penampilan yang lebih menarik, anda mungkin mempertimbangkan kiub arang yang banyak dijual  di pasaran. Beli arang secara pukal, simpan di tempat yang kering, dan gantikannya apabila bau busuk mula kembali.  Untuk hasil yang terbaik, letakkan kira-kira dua cawan arang dalam bekas plastik terbuka dan biarkan di belakang peti sejuk.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.