TIPS BELI CAT RUMAH.

Jika anda memiliki rumah dan ingin memilih serta membeli cat rumah, pastinya ini adalah saat yang paling menyeronokkan kerana pengunaan cat boleh membawa keceriaan kepada rumah anda. Akan tetapi, bagaimana untuk membeli bukan sahaja cat rumah yang cantik, tetapi juga sesuai dengan rumah anda?

Oleh itu, kami akan berkongsi kepada anda 8 tips untuk membeli cat rumah yang anda patut pilih agar ianya bukan sahaja cantik, malah mampu bertahan lama.

 

  1. Jenama cat rumah.

Ramai yang hanya memfokuskan diri untuk mencari jenama cat rumah yang terbaik, tanpa memahami apa sebenarnya faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli cat rumah. Sudah semestinya, kita semua pasti akan mencari jenama cat rumah yang murah dan mempunyai kualiti yang tinggi. Namun perlu diingat, jenama cat rumah yang terbaik adalah apabila anda menggunakan cat yang betul dan berkualiti serta sesuai dengan permukaan yang akan dicat nanti.

 

  1. Kawasan untuk dicat.

Ini perkara paling utama yang anda perlu tahu sebelum membeli cat. Ada yang terus membeli, tanpa mengambil kira faktor ini. Tiada gunanya kalau cat rumah anda cantik, tetapi tidak tahan lama dan kurang sesuai dengan struktur rumah. Hasilnya, anda terpaksa membeli cat yang baru dan situasi ini hanya akan membazirkan wang anda.

 

Apakah perbezaan cat bagi kawasan luar rumah dan dalam rumah?

Secara mudah, cat luar rumah dan dalam rumah ini berbeza dari segi bahan yang digunakan dalam cat.

Cat luar rumah akan mengandungi bahan yang lebih tahan dengan keadaan di luar rumah seperti cuaca panas dan hujan. Malah, cat luar rumah juga akan mengeluarkan bau yang kuat serta boleh mengganggu pernafasan jika digunakan dalam rumah.

Manakala cat dalam rumah pula, lebih tertumpu kepada hasil kemasan yang cantik.

 

Cat luar rumah terbaik 

Bagi mendapatkan cat luar rumah yang terbaik, anda boleh menggunakan dua jenis cat dinding iaitu cat berasaskan minyak ataupun jenis latex.

 

Kebaikan cat luar rumah dengan asas minyak atau oil based

  • Lebih tahan lama berbanding dengan jenis latex
  • Memerlukan primer
  • Mengambil masa yang lebih lama untuk kering
  • Lebih mudah untuk dijangkiti kulat dan kulapuk

 

Kebaikan cat luar rumah jenis latex

  • Lebih sesuai untuk persekitaran luar rumah yang lembap
  • Lebih murah dan lebih senang untuk digunakan
  • Warna tidak mudah luntur

 

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dicuba sewaktu menggunakan cat luar rumah:

  • Pilih cuaca pada hari yang panas untuk cat di luar rumah lebih cepat kering
  • Bersihkan dulu permukaan yang dicat daripada sebarang habuk atau kekotoran untuk hasil yang lebih cantik
  • Gunakan primer atau cat asas terlebih dahulu untuk hasil cat yang lebih cantik
  • Warna yang sesuai untuk dinding luar rumah ini bergantung kepada gaya yang anda ingin tonjolkan pada rumah.

 

Cat dalam rumah

Disebabkan cat dalam rumah kurang terdedah pada cuaca yang ekstrem contohnya seperti cat dinding rumah atau cat dinding ruang tamu, ia lebih mudah untuk memilih cat dalaman rumah. Namun, masih terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ambil kira.

Pernahkah anda terhidu bau cat yang terlampau kuat sehingga anda berasa sesak nafas? Cat itu mungkin mengandungi Volatile Organic Compound atau VOC yang berbahaya terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah pernafasan. Ikuti beberapa tips ini bagi memilih cat dalam rumah:

  • Pilih jenis cat yang rendah VOC atau tiada langsung VOC
  • Buka tingkap bagi pengaliran udara yang baik
  • Jauhkan kanak-kanak dan binatang peliharaan dari kawasan yang anda mengecat
  • Bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang suka menconteng dinding rumah, terdapat beberapa jenama cat rumah yang boleh padam dijual di pasaran. Cat jenis ini sangat sesuai digunakan sebagai cat dalam rumah dengan kanak-kanak yang membesar kerana contengan tersebut boleh dipadam.

 

  1. Permukaan rumah

Malaysia sudah semestinya kaya dengan budaya. Buktinya, anda boleh melihat pelbagai jenis bentuk serta rekaan rumah. Ada rumah tradisional yang diperbuat daripada kayu, manakala ada yang lebih moden diperbuat daripada batu dan simen. Mengapa semua mengetahui bahan binaan rumah penting? Anda perlu memilih cat yang sesuai dengan jenis permukaan dinding rumah anda. Sayanglah sekiranya permukaan kayu rumah anda akan rosak akibat menggunakan pilihan cat yang salah. Gunakan jenis cat yang dikhaskan bagi setiap permukaan ini untuk memastikan hasilnya lebih tahan lama dan permukaan rumah anda tidak rosak.

Leave a Comment

Your email address will not be published.