TIPS HAPUSKAN DAN KAWAL ULAT HABUK ‘BERLELUASA’ DI BILIK.

Mungkin anda hairan kerana bentuknya adalah seperti serpihan kulit pokok dan hanya melekat setempat, tetapi jangan terkejut jika itu sebenarnya adalah sejenis larva yang dipanggil kamitetep. Memetik laporan Sinar Harian, kamitetep ini adalah sejenis larva kecil yang boleh mengakibatkan kegatalan, lebam dan sakit yang lama. Bila dah banyak sangat ulat habuk ini dalam bilik, ini cara untuk anda hapuskan dan kawal ulat habuk atau kamitetep ini dari berleluasa!

 

Cara Hapuskan & Kawal Ulat Habuk.

Tak kisahlah apa nama yang korang panggil..ulat habuk, ulat dinding, casebearer, dust worm ataupun dikenali sebagai kamitetep di Indonesia. Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu . Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni juga memang suka bersarang kat bawah katil & dalam almari.

 

Andai kata korang selalu bersihkan bilik & takde sawang sekalipun, tapi kalau kupu-kupu ni dah termasuk dalam bilik, ia tetap akan cari tempat untuk bertelur. Kalau ada salah satu ciri-ciri yang disebut tadi, nak-nak dalam bilik memang banyak sumber makanan dia..dah memang ler jadi hub untuk dia beranak pinak kat situ. Ulat habuk ni makan sawang labah-labah, rambut-rambut yang berguguran, bangkai serangga kecil & juga fabrik. Ulat ni memang boleh menyebabkan rasa gatal jika digigit, & ulat beluncas kupu-kupu tu sendiri pun boleh sebabkan naik gatal-gatal badan bagi orang yang kulit sensitif & ada alahan.

 

Walaupun macam tu, gatal-gatal badan bila baring atas tilam & pakai pakaian dari almari tak semestinya berpunca dari ulat habuk yer. Boleh juga berpunca dari hama akibat dah lama tak bersihkan tilam atau pakaian yang dah lama tak digunakan. Kalau tiba-tiba rasa gatal & ada tanda gigitan dengan bulatan kecil tu mungkinjuga berpunca dari agas. Jadi ada banyak punca lain anda gatal-gatal ni melainkan korang memang jumpe sendiri la ulat habuk ni..Ulat habuk ni boleh jer kita spray secara direct dengan spray racun serangga. Tapi masalahnya, kita tak tahu kat mana kupu-kupu tadi bertelur. Bergantung pada spesis kupu-kupu tu sndiri, ada yang hasilkan 40-50 biji sekali bertelur. Telur-telur ni bila dah menetas jadi larva, dia akan buat kelongsong kepompong & mula merayap pula. Telur-telur ni pun kena hapuskan sebelum ia menetas untuk elakkan masalah dikemudian hari.

 

Hapuskan Ulat Habuk Dalam Almari Pakaian.

Kalau kupu-kupu bertelur dalam almari memang leceh sangat.. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur.

 

1.Keluarkan semua pakaian dari almari.

2.Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu-kupu. (Kupu-kupu biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby ulat dapat makan dengan cukup).

3.Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU

4.Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang-kurangnya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu-kupu tu.

5.Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka. Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid & mampu membunuh telur-telur serangga & hama.

6.Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyahlembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari & tak sesuai untuk pembiakan kupu-kupu.

 

Hapuskan Ulat Habuk Bawah Katil.

 

1.Cabut semua cadar & sarung bantal.

2.Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik-baiknya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.

3.Vakum tilam & bersihkan bawah katil.

4.Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.

  1. Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun-daun yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.

Leave a Comment

Your email address will not be published.