- Letak barang-barang dalam bekas
Biasanya kita melonggokkan sahaja semua jenis barang kat singki. Di situlah anda meletakkan berus gigi, sabun, pencuci muka, ubat kumur, dan banyak lagi benda lain. Bila barang bersepah macam ini, bukan sahaja ia senang kotor, tapi juga susah ketika hendak mencuci singki. Jadi pastikan anda mempunyai bekas untuk letak barang-barang dalam bilik air. Untuk berus gigi, ubat gigi, dan pencukur, anda bolehlah menguna cawan je. Tak perlulah beli yang baru pun tidak apa, ambil sahaja mana-mana gelas yang tak dipakai di dalam rumah. Letak puting kapas dalam sebuah bekas tertutup. Bagi yang mempunyai banyak alat solek, bolehlah mendapatkan bekas alat solek supaya ia nampak lebih kemas.
- Rak dinding
Untuk menambah ruang simpanan dalam bilik air, anda boleh mencari rak yang boleh dipasang pada dinding. Di sinilah anda boleh letak botol-botol pencuci muka, syampu, shower gel, scrub, dan sebagainya. Tisu tandas pun bolehlah letak dalam satu longgokan di sini. Satu kelebihan rak yang dipasang di dinding adalah ia tidak mengambil ruang atas lantai, jadi kerja anda memberus dan mencuci bilik air adalah lebih mudah.
- Penggantung tuala dan baju
Pertama sekali, anda perlu mempunyai penyangkut baju yang berbentuk cangkuk kerana selalunya ia dipasang di belakang pintu bilik air. Penyangkut ini biasanya untuk menggantung tuala dan baju sewaktu anda mandi. Ada juga yang lebih suka untuk meninggalkan tuala dalam bilik air selepas mandi, supaya bilik tidur masing-masing tidak bersepah. Kalau anda ingin buat seperti ini, pasang penyidai supaya tuala anda boleh kering dalam bilik air. Tetapi jangan letakkan terlalu banyak tuala kerana takut nanti ia akan menjadi lembap, berbau, dan mengumpul bakteria.
- Kabinet bilik air
Bilik air adalah kawasan dalam rumah yang paling kerap perlu dibersihkan. Jadi memang mudah kalau anda boleh menyimpan cecair pencuci di dalam bilik air terus, dan mengeluarkannya apabila perlu. Anda juga boleh menyimpan stok tisu tandas selama 3 bulan, supaya anda sentiasa bersedia bagi sebarang situasi. Yang duduk di Selangor tu, faham-fahamlah ya. Pastikan kabinet yang anda beli ini memang dibina untuk bilik air kerana ia perlu tahan terhadap percikan air dan percikan cecair pencuci yang sangat kuat. Jikalau harga kabinet adalah terlalu mahal, anda boleh mendapatkan rak kecil di kedai. Walaupun kecil, ia sangat membantu memudahkan kerja anda dan menjadikan bilik air nampak lebih kemas.
- Letak tikar getah
Kemungkinan ada orang rumah yang selepas menggunakan tandas, lantai mesti selalu basah. Yang pasti, lantai yang basah ini agak merbahaya, terutamanya kalau anda mempunyai anak kecil atau orang tua di dalam rumah. Jadi, pastikan anda membeli tikar getah untuk mengelakkan orang rumah daripada tergelincir di dalam bilik mandi.
- Pasang/tukar cermin dan lampu
Mungkin tuan tanah memberi anda cermin bulat yang sangatlah kecil di dalam bilik mandi sehingga sangat susah untuk menggunakannya. Anda boleh mendapatkan cermin anda sendiri. Lagipun, sekarang ada banyak pilihan yang jauh lebih murah dan boleh didapati di kedai hardware atau kedai perabot. Cermin juga adalah satu hiasan yang sangat versatil daripada segi harga dan pilihan. Anda boleh berbelanja lebih untuk mendapatkan design bilik air yang moden. Anda juga boleh mengupah kontraktor untuk memasang cermin yang lebih besar, jika bimbang cermin tersebut jatuh apabila dipasang sendiri. Satu lagi barang yang anda boleh tambah adalah lampu. Dapatkan lampu yang sesuai denagan persekitaran bilik air agar tidak nampak gelap.
Biasanya, apabila kita baru berpindah dan rumah tidak mempunyai sebarang perabot lagi, kita akan memberikan lebih tumpuan pada ruangan dapur, ruang tamu dan juga bilik tidur. Jarang kita memikirkan mengenai bilik air dan tandas. Tetapi, apa yang bagusnya tentang bilik air dan tandas, anda tak perlu membeli perabot yang mahal untuk mencantikkannya kerana anda boleh menggunakan barang-barang murah yang boleh membuat anda rasa lebih selesa dalam melakukan urusan anda sehari-hari. Selamat menghias daripada kami.